Pemilik Ruang Gig Angkasa Space Kecewa, Dakwa Terpaksa Tutup Operasi Selepas Diserbu DBKL

Pemilik Ruang Gig Terkenal, Angkasa Space Luah Rasa Kecewa, Dakwa Terpaksa Tutup Operasi Selepas Diserbu DBKL.


Sejak semalam tular di media sosial satu perkongsian oleh pengasas bersama ruang acara muzik, Angkasa Event Space iaitu Mohd Zulhelmie Zullifan yang mendakwa operasi perniagaan premisnya terpaksa dihentikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Mohd Zulhelmie atau lebih dikenali sebagai Elmi, penutupan itu berlaku pada Ahad malam, 24 Julai selepas agensi terbabit melakukan serbuan ke atas premis mereka yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Menerus ciapan tersebut, Elmi turut berkongsi satu foto memperlihatkan dia berdiri di hadapan pintu masuk Angkasa Space yang kini ditutup dan disita dengan pelekat kuning DBKL, selain terdapat satu notis ‘Tutup Premis’ berwarna merah yang dikeluarkan oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

Akan buat ‘refund’ untuk tiket dan deposit sewa venue

Malah dia memaklumkan akan memulangkan semula (refund) bayaran bagi semua tiket dan deposit sewa ruangan yang telah diterima sebelum ini.

“Saya tak akan buat apa-apa. Saya akan pulangkan semua (duit) tiket persembahan akan datang. Deposit acara akan datang pun saya akan pulangkan.

“Saya akan lepaskan tempat ni. Sayang, tapi saya dah tak larat. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami dari dahulu. Ni last foto kami,” ciapnya di Twitter.

Meskipun cubaan kami untuk menghubungi Elmi tidak berhasil, dia dilihat tampil menerusi beberapa ciapan terbaharu berkongsi apa sebenarnya yang terjadi di premisnya.

Dakwa perlu keluar deposit RM30,000 untuk setiap bagi bagi memohon lesen hiburan

Menurut Elmi, penutupan itu ada kaitan dengan lesen hiburan untuk Angkasa Space yang amat dikenali di kalangan penggiat dan peminat muzik independent.

Tambahnya lagi, DBKL ada meminta pihaknya untuk memohon lesen hiburan yang bagi setiap acara yang ingin dianjurkannya. Namun kos pendahuluan bagi permohohan tersebut adalah RM30,000 yang menurutnya satu jumlah yang begitu besar.

Kecewa tiada amaran

Apa yang lebih mengecewakan apabila dia mendakwa tiada amaran yang pernah diberikan sebelum ini sebaliknya pihak berkuasa sewaktu membuat serbuan terus mengeluarkan surat saman sebelum bertindak ‘menutup’ pintu premis.

“Aku cuma kecewa sebab tak ada amaran. Macam ‘okay kau salah ni, aku bagi kau seminggu, kau betulkan salah kau. Kalau tak, aku datang sita.’.

“Takde, Dia datang, dia suruh pack barang penting, dia issue surat saman, dia lock pintu,” luahnya lagi.

Nampak macam kelab malam

Beberapa foto sewaktu serbuan turut tular

Selain ciapan yang dilakukan oleh Elmi, turut tular beberapa lagi foto sewaktu serbuan tersebut dilakukan dipercayai dikongsi oleh pekerja dan pemuzik yang berada di sana pada malam kejadian.

Perkongsian-perkongsian tersebut yang tular dan sohor di Twitter ternyata menarik perhatian orang ramai memandangkan Angkasa Space sudah bertapak sejak 2019 malah telah menaikkan nama puluhan kumpulan muzik Independent di negara kita.

Dalam masa sama, beberapa individu turut tampil meminta orang ramai agar bersama-sama menghulurkan bantuan antaranya dengan mengumpulkan dana awam selain menganjurkan majlis persembahan secara percuma agar team Angkasa Space dapat kembali bernafas dan meneruskan operasi mereka.

Setakat artikel ini ditulis, pihak kami sudah pun menghubungi DBKL dan masih menantikan maklum balas rasmi dari agensi terbabit.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

4 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

6 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

7 hours ago