Mechamato Movie Berjaya Kutip RM10 Juta Dalam 6 Hari Pertama Tayangan

Menepati ramalan orang ramai, filem animasi yang sedang rancak di pawagam ketika ini, Mechamato Movie terbitan bersama MONSTA dan Astro Shaw telah berjaya mengutip sebanyak RM10 juta dalam 6 hari pertama tayangannya di pawagam seluruh negara.

Kutipan ini dilihat amat menggalakkan dan rata-rata penonton amat teruja dan terhibur dengan aksi serta lawak di dalam filem ini.

Ditambah pula musim cuti sekolah ini, pawagam-pawagam di seluruh negara terus dipenuhi oleh mereka yang hadir sekeluarga tidak kurang juga golongan remaja dan dewasa.

“Alhamdullilah, berkat sokongan rakyat Malaysia, filem ini telah berjaya mengutip RM10 juta dalam masa 6 hari pertama tayangannya di pawagam seluruh negara. Ada kira-kira 150 buah pawagam yang menayangkan filem ini,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak merangkap Pengarah dan Penulis Mechamato.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara Raja Jastina Raja Arshad turut meluahkan rasa syukur selepas pihaknya menerima maklumbalas yang sangat baik daripada orang ramai.

“Saingan seterusnya mungkin agak sengit dengan kehadiran filem antarabangsa. Namun kami percaya dengan kualiti penghasilan, jalan cerita dan keunikan seni warisan dan budaya Malaysia, sudah pastinya Mechamato Movie mampu bersaing.”

Tayangan akan diteruskan lagi sepanjang cuti sekolah ini dan bagi mereka yang bernasib baik, Mechamato akan membuat kemunculan di beberapa pawagam terpilih sepanjang kempen promosi filem ini di seluruh negara.

Difahamkan Mechamato akan muncul di beberapa lokasi-lokasi di Pahang, Terengganu dan Sabah pada hujung minggu ini!

Sinopsis ringkas Mechamato

Secara ringkasnya, Mechamato berkisar mengenai seorang anak muda, Amato yang menetap di Kota Hilir.

Dia yang juga bapa kepada adiwira BoBoiBoy telah menjadi tuan kepada MechaBot, sebuah robot pemusnah dari angkasa lepas yang sedang diburu oleh alien jahat bernama Grakakus selepas kapal angkasa yang dinaiki robot protagonis itu terhempas ke bumi.

Memandangkan status Amato sebagai tuan baharu MechaBot, dia boleh menggunakan kuasa ‘Mechanize’ milik MechaBot untuk bergabung menjadi adiwira yang dikenali sebagai Mechamato.

Berdepan dengan ancaman Grakus, Mechamato perlu berbuat sesuatu demi menyelamatkan keadaan.

Mechamato Movie juga berlatarkan sebuah bandar fiksyen yang diinspirasikan dari Bandar Hilir di Melaka. Ia juga menampilkan keunikan budaya Malaysia seperti silat, budaya peranakan dan makanan tempatan yang digabungkan dengan elemen futuristik seperti robot dan kapal angkasa.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

5 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

5 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

7 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

7 hours ago