Penyanyi terkenal, Haqiem Rusli menyifatkan dia sudah cuba menjadi suami yang terbaik untuk isterinya, Anis Sofea sepanjang dua tahun mendirikan rumah tangga.
Malah Haqiem menekankan yang dia tidak akan sesekali berhenti berusaha sebaliknya terus memberikan apa sahaja yang terbaik buat mereka.
Namun menurut pelantun Tergantung Sepi ini, sudah menjadi lumrah setiap rumah tangga pasti akan berdepan ujian.
Ketika ditanya sama ada keputusan isterinya memillih untuk tidak berhijab adalah ujian, Haqiem berkata ia adalah satunya namun dia sudah cuba berusaha sebagai seorang pemimpin keluarga.
“Saya sebenarnya tidak mahu komen lebih (isu isteri tanggalkan hijab) sebab ini adalah berkaitan kehidupan peribadi.
“Cuma apa yang boleh dikatakan, saya sudah cuba sehabis baik untuk menjadi suami yang baik kepada Anis.
“Saya terima ujian ini dan masa sama berharap doa yang baik-baik daripada semua orang. Kita bagi dia (Anis) masa dan saya juga tidak mahu memaksa,” katanya dipetik dari Harian Metro.
Haqiem dalam masa sama turut tidak mengambil pusing dengan apa yang dikatakan di segelintir netizen kerana dia sedar perkara itu mungkin timbul kerana dia jarang membuat perkongsian di media sosial.
“Tidak kisahlah apa ‘assumption’ (andaian) atau siapa yang nak reka cerita kerana hubungan saya dengan isteri baik saja. Perkara ini mungkin timbul apabila saya sudah jarang upload (muat naik) di media sosial tetapi itu tidak bermakna hubungan rumah tangga saya bermasalah.
“Raya pun kami beraya di rumah keluarga dua-dua belah pihak dan datang ke Pulau Pinang juga bersama-sama,” katanya.
Namun Haqiem yang muncul pada Majlis ‘Havoc Raya’ di Kampung Melayu, Georgetown juga dilihat membawa Anis serta keluarga kedua-dua belah pihak.
Ini sekaligus menafikan desas-desus yang mengatakan rumah tangganya sudah retak.
Terdahulu Anis mencuri perhatian peminat dunia hiburan apabila memuat naik gambarnya memakai selendang namun menampakkan sebahagian rambutnya.
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…