Aznil Sekali Lagi Wujudkan Tabung Bantuan Untuk Bantu Penyanyi Veteran, Ibnor Riza

Pada tahun 2022 pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Haji Nawawi telah membuat kutipan dana dari orang ramai buat penyanyi, Zamani bagi menjalani pembedahannya.

Sebelum ini, vokalis kumpulan Slam itu telah menghidap penyakit tulang belakang melengkung yang dipanggil Skoliosis.

Hasil kutipan dana itu berjaya memperolehi lebih RM100,000 dan Zamani telah selesai menjalani pembedahan bagi penyakitnya itu pada November lalu.

Baca artikel berkaitan: Selesai Jalani Pembedahan, Zamani Tidak Lagi Kelihatan Bongkok & Dibenarkan Balik Rumah [Video]

Baca artikel berkaitan: [Video] Pak Nil Tahan Sebak Tengok Persembahan Nyanyian Zamani Sambil Bongkok

Aznil lancar tabung bantuan untuk bantu kos rawatan Ibnor Riza

Walau bagaimanapun, pengacara itu sekali lagi tampil melancarkan tabung bantuan untuk membantu penyanyi, Ibnor Riza yang disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat.

Malah beliau yang mesra dipanggil Pak Nil turut berharap agar tabung itu boleh mencapai target dalam masa singkat.

Dijangka hanya ada tempoh enam bulan untuk hidup

Ini kerana, sekiranya rawatan susulan tidak dilakukan doktor menjangkakan penyanyi terbabit hanya memiliki tempoh selama enam bulan untuk hidup.

“Saya tak boleh duduk diam dan tak nak menyesal di kemudian hari. Saya perlu pastikan misi bantuan ini dapat meringankan beban Ibnor untuk melakukan rawatan kimoterapi secepat mungkin.

“Alhamdulillah sejak tabung bantuan dilancarkan pada Isnin lalu saya melihat peningkatan jumlah derma yang dihulurkan rakyat Malaysia walaupun perlahan.

“Bagaimanapaun jumlahnya masih jauh daripada target perubatan yang diperlukannya,” ujar Pak Nil, dipetik Harian Metro.

Pak Nil lakukan pelbagai usaha untuk bantu Ibnor Riza

Beliau dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada rakan media yang membantu meringankan beban pelantun lagu ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ itu.

“Walaupun tempoh yang doktor anggarkan untuk Ibnor hidup tidak lama, tapi kita tidak boleh berputus asa.

“Saya perlu melakukan pelbagai usaha lain termasuk di platform media sosial agar peminat Ibnor dan pengikut saya dapat membantu. Saya harap dan berdoa anggaran doktor itu bertukar kepada kesembuhan kekal.

“Sekarang ini saya aktif memuat naik video nyanyian Ibnor untuk orang luar melihat keadaan terkininya yang masih bekerja walaupun tahap kesihatan tidak mengizinkan.”

Disahkan hidap kanser Februari lalu

Sebelum ini penyanyi tersebut telah disahkan menghidap kanser Limfoma pada Februari lepas.

Kos rawatan kimoterapi yang diperlukan adalah sekitar RM32,000 bagi dua pusingan.

Namun jika tidak berjaya, bapa kepada dua orang anak ini terpaksa menjalani tiga lagi rawatan kimoterapi yang berjumlah sekitar RM200,000.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago