“Saya Tak Larat Dah”- Neelofa Sedia Jumpa Fazura, Mahu Noktahkan Sengketa 13 Tahun [Video]

Baru-baru ini usahawan dan pengacacara, Noor Neelofa Mohd Noor telah menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan aktres, Nur Fazura untuk menamatkan sengketa di antara mereka yang telah berlarutan hampir 13 tahun.

Menurut Noor Neelofa yang lebih mesra dengan panggilan Neelofa, dia sedia bertemu dengan selebriti tersebut untuk berdamai.

“Saya rasa kita kena letak titik noktah kepadanya, kerana apabila saya fikir semula perkara dah berbelas tahun. Takkan lah saya nak tunggu puluh-puluh tahun baru nak lakukan sesuatu. Perkara ini mungkin sudah berlarutan sekitar 13 ke 12 tahun.

“Saya fikir sekiranya saya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai, berbaik dan meletakkan apa yang tidak menarik di belakang kami.

“Saya akan sambut dengan baik (berdamai), dan saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama. Saya rasalah Insya-Allah,” ujarnya dalam satu video dimuat naik oleh HibGlam.

Neelofa berkata demikian selepas ditanya oleh wartawan selepas terdapat dakwaan ada akaun peminatnya yang menyindir rakan selebriti yang lain.

Sifatkan sekiranya diberi peluang berbaik ia boleh beri peluang yang baik kepada peminat

Menerusi video itu, isteri kepada pendakwah PU Riz berkata, ia dapat memberi kesan yang baik kepada peminat kedua-dua belah pihak sekaligus mengelakkan berlakunya insiden mengapi-apikan di media sosial.

Jelasnya, masing-masing juga telah mempunyai keluarga dan anak-anak serta mahu melangkah ke depan di dalam kehidupan, perniagaan dan banyak lagi.

Tak larat asyik kena batu api dengan netizen

“Kalau asyik kena batu api dengan netizen ni kita pun tak laratlah, sekiranya saya diberi ruang dan peluang, Insya-Allah saya sambut dengan baik. Sangat terbuka dengan hati yang lapang dan jiwa yang besar untuk meletakkan titik noktah.”

Ketika ditanya adakah dia penat untuk menjawab soalan berhubung perkara yang berlaku, bekas pengacara Meletop itu menyifatkan dia sangat penat dan ia seperti tidak habis.

“Saya rasa kita orang tak ada apa-apa pun, dia pun tak ada cari pasal atau cakap apa-apa.

“Yang cakap lebih-lebih adalah orang di luar sana yang tidak mempunyai kaitan dalam hidup kami, jadi sudahlah,” katanya lagi.

Recent Posts

  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

44 mins ago
  • Trending

Kucing Milik Pengasas Bawal Exclusive Sambut Hari Jadi Di Butik Louis Vuitton Raih Perhatian Ramai [Video]

Jelas Haliza, Money merupakan kucing pertama yang dijemput oleh Louis Vuitton bagi meraikan hari jadi…

4 hours ago
  • Trending

Ibu ‘Join’ Anak Menari Lagu Nirmala Atas Pentas Di Sekolah Buat Ramai Teruja [Video]

Aida turut berharap momen menari bersama-sama di atas pentas itu akan menjadi kenangan paling manis…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pusat Hiburan Di KL Terbakar Dibaling ‘Molotov Cocktail’, Polis Buka Kertas Siasatan

Polis membuka kertas siasatan susulan kejadian pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng yang dibaling…

5 hours ago
  • Trending

Anas Tahir Kongsi Kisah Pemuda ‘Dicekak’ Leher Hanya Kerana Mahu Rapatkan Saf

Niat baik pemuda yang dikenali sebagai Waqiuddin yang cuba merapatkan kakinya dengan seorang jemaah ketika…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

21 hours ago