fbpx
Now Reading
Terpalit Isu KWSP Pekerja, Shuib Nafi Hidup Mewah Cuma Suka Main Golf

Terpalit Isu KWSP Pekerja, Shuib Nafi Hidup Mewah Cuma Suka Main Golf

Menurut Shuib dia pelik dengan dakwaan gemar hidup bermewah memandangkan rutinnya hanyalah pergi bekerja dan bersukan iaitu dengan bermain golf.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila tular dakwaan mengatakan syarikat minuman. BubbleBee yang diasaskan pelawak dan penyampai radio, Shuib dikatakan gagal membayar caruman KWSP pekerja.

Shuib kemudiannya tampil mengakui dakwaan berkenaan dan menjelaskan ianya berpunca daripada pihak pengurusan terdahulu.

Dia dalam masa sama turut memohon maaf kepada kakitangan dan bekas pekerja dan memaklumkan tunggakan yang bermula sejak awal tahun lalu sedang dilunaskan secara berperingkat.

Namun di sebalik kontroversi terdebut, timbul suara-suara yang mempersoalkan kehidupan penyampai radio itu yang disifatkan ‘bermewah-mewah’ namun dalam masa sama mengabaikan kebajikan pekerjanya.

Peka dengan isu tersebut, Shuib tampil menafikan tuduhan berkenaan dan menyatakan dia hanya menjalani kehidupan normal.

Menurut Shuib dia pelik dengan dakwaan tersebut memandangkan rutinnya hanyalah pergi bekerja dan bersukan iaitu dengan bermain golf.

“Saya tengah faham juga, saya enjoy apa ye. Kalau yang betul rapat, tahu kehidupan saya. Saya pergi tempat kerja, kalau ada buat aktiviti luar adalah bersukan. Saya main golf.

“Saya tak faham timbul bila kata saya berhibur dan bermewah. Itu saya pelik. Kalau tengok kehidupan saya, tak ada pun.

“Yang diletakkan dalam Instagram saya kalau tengok mungkin ada saya shooting untuk review,” kata Shuib sewaktu ditemubual Melodi.

Malah dia menyifatkan tuduhan itu hanya sekadar tokok-tambah memandangkan dia pada masa ini dilihat seperti seorang bersalah dek kerana kontroversi KWSP Bubblebee.

“Benda dah salah orang mula nak tokok tambah cerita. Saya tahu diri saya. Kita pun dah pernah buat salah.. tak nak berulang lagi.

“Sekarang ini jalan hidup macam biasa saja sebenarnya. Pergi kerja, balik kerja. Tengok anak-anak bila ada masa, saya bawa keluarga pergi bercuti.

“Tak akan saya tak boleh nak keluar dah kenapa kan?” kata Shuib lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.