“Justice For Kaka”- Netizen Bela Kaka Azraff Mula Serang Akaun Warner Music Di Instagram

Sebelum ini, media sosial kecoh apabila terdapat dakwaan mengatakan kontrak penyanyi terkenal iaitu Kaka Azraff ditamatkan selepas dia lantang menyuarakan mengenai kekejaman Zionis kepada Palestin.

Perkara itu mula menjadi bualan selepas tular surat rasmi pada 1 Disember yang didakwa dikeluarkan pihak syarikat rakaman tersebut mengenai penamatan kontrak penyanyi wanita berkenaan yang berkuat kuasa pada 31 Disember ini.

Namun difahamkan penyanyi itu masih pelu memenuhi setiap acara seni yang telah diatur oleh syarikat itu meskipun kontrak tamat.

Walau bagaimanapun, usaha pihak kami mengesan surat tersebut tidak berjaya malah Kaka ketika dihubungi oleh rakan media juga enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan meminta untuk diberikan ruang.

Baca artikel berkaitan: Kontrak Kaka Azraff Bersama Warner Music Ditamatkan Gara-gara Lantang Sokong Palestin, Kritik Israel?

Ramai kurang senang dengan dakwaan yang tular, serang IG Warner Music dan sokong Kaka

Susulan daripada perkara tersebut, ramai yang kurang senang dengan spekulasi penamatan kontrak tersebut justeru, memihak kepada pelantun lagu Bukan Hal Aku itu kerana menerima nasib sebegitu rupa hanya kerana memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Malah disebabkan perkara itu, netizen mula menyerang Instagram rasmi milik syarikat rakaman tersebut.

Selain meminta penjelasan dari syarikat rakaman berkenaan tetang kesahihan perkara itu ada juga yang meminta Warner Music untuk menutup operasi mereka sekali gus meninggalkan Malaysia.

Kemarahan yang dirasai oleh netizen itu diluahkan oleh mereka menerusi ruangan komen di beberapa hantaran Warner Music Group di Instagram.

Ramai boikot syarikat rakaman

Apa yang lebih menjadi perhatian, pengguna yang meninggalkan komen pada Instagram tersebut turut meminta orang ramai untuk memboikot syarikat rakaman berkenaan.

Bukan hanya itu, mereka mendakwa jika benar apa yang berlaku kepada Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff syarikat rakaman gagal membela nasib artis sendiri.

“Kau orang tak jaga artis sendiri, takut semua! Tak bagi artis bersuara! Kami akan lawan untuk Kaka!”

“Keadilan untuk Kaka Azraff, memalukan! Hidup lah korang jadi macai”

“Boikot label ini yang menyokong genocide”

Namun setakat ini tiada sebarang respon rasmi daripada pihak Warner Music berhubung perkara tersebut.

Untuk makluman, akaun media sosial penyanyi wannita itu sebelum ini telah diserang oleh golongan pro-Israel serta warga Israel disebabkan tindakan Kaka mengkritik rejim tersebut.

Butiran mengenai maklumat Kaka juga turut dikongsikan oleh Instagram, Jew Hate Database selepas penyanyi berkenaan memberi pesanan mengecam influencer Australia yang pro-Israel iaitu Nathaniel Buzolic.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

17 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

17 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

17 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

17 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

17 hours ago