Pada Oktober lalu, kecoh di media sosial berhubung konflik melibatkan penyanyi Shila Amzah yang ingin menjual kediaman yang diduduki oleh keluarganya.
Perkara itu secara tidak langsung telah menyebabkan dia dan keluarga saling berbalas-balas kenyataan berhubung isu terbabit.
Malah konflik yang melanda keluarga penyanyi terbabit turut menjadi perhatian orang ramai.
Terbaharu, pelantun lagu ‘Memori Tercipta’ itu telah memuat naik satu hantaran video di TikTok menunjukkan keadaan rumah banglo yang ingin dijualnya.
Menerusi video tersebut, Shila memaklumkan dia telah memanggil servis untuk membersihkan rumah berkenaan.
Servis itu diambil kerana Shila menyifatkan dia tidak dapat mengemasnya sendiri memandangkan rumah tersebut besar dan memiliki enam bilik.
“Memang kita orang tak boleh buat sendirilah pokoknya, jadi inilah view dari luar. Banglo dekat Hulu Langat ni.
“Rumah ni banyak dah kenangan sebenarnya, Sha (Shila) dah duduk sini daripada tahun 2008 sehingga Sha kahwin,” katanya.
Shila dalam video tersebut turut menunjukkan beberapa ruangan di dalam rumah itu seperti ruang tamu, bilik, dapur dan sebagainya.
Namun rumah itu tidak memiliki perabut seperti sofa, almari kerana ia telah dikosongkan.
“Tapi itulah rumah besar-besar macam ni pun, Sha rasa lebih suka rumah yang lebih kecil, sebab rumah besar ni susah nak jaga dan bila masing-masing ada ruang sendiri saya rasa hubungan lagi jauh.
“Lepas tu Sha rasa lebih baiklah rumah tak berapa besar yang penting hubungan lebih erat tak perlu berpaksikan perkara yang berada di sosial media.”
Katanya lagi, rumah yang besar bukanlah satu jaminan untuk membuatkan kita bahagia dan gembira.
Dia turut meluahkan berasa sedih setiap kali berkunjung ke rumah tersebut.
Malah dia turut menunjukkan bilik utama dan menyatakan setiap bilik di dalam rumah itu mempunyai bilik air dan membuatkan ia sukar untuk dijaga.
Perkongsian Shila mengenai rumah itu turut menarik perhatian netizen apabila ada yang menyifatkan mereka kini faham mengapa penyanyi itu ingin menjual rumah tersebut.
Ada juga yang mengatakan sekiranya dijual belum tentu dia dapat membeli rumah sebesar itu lagi.
Namun Shila menyifatkan ia bukan pengukur kebahagiaan, sebaliknya dia tidak mempunyai impian untuk memiliki rumah yang besar dan merasakan rumah sederhana sahaja sudah memadai.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat rumah yang besar akan membuatkan hubungan kekeluargaan semakin menjauh.
Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…
Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…
Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…
Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…
Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…
Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…