Isteri Ali Puteh Menangis Jual Kereta Honda Accord Buat Ramai Sebak [Video]

Sebelum ini, Ali Puteh telah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar wang sebanyak RM60,000 kepada balu pelawak arwah Abam, Siti Norhidayah Ali terhadap kes saman pada Februari tahun lalu.

Namun difahamkan wang tersebut masih lagi belum dijelaskan oleh Ali yang juga pelawak, malah dia juga pernah menyuarakan hasrat untuk membayar hutang tersebut menggunakan motosikal.

Walau bagaimanapun, perkara itu tidak dipersetujui oleh Hidayah dan dia meminta agar Ali untuk membayar seperti yang diperintahkan oleh mahkamah. Malah Hidayah turut mendoakan perniagaan dijalankan oleh Ali berjaya agar dapat menyelesaikan hutangnya.

Baca artikel berkaitan: Balu Abam, Hidayah Doakan Perniagaan Ali Puteh Berjaya & Bayar Hutang, Dedah Tak Mahu Bermusuhan

Isteri menangis Ali Puteh jual kereta Honda Accord

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan pelawak itu telah menjual sebuah kereta jenis Honda Accord miliknya.

Menerusi video tular yang dikongsikan oleh @pojie.pidon di TikTok, awalnya perakam telah menunjukkan keadaan kereta tersebut yang jelas kelihatan masih cantik dan dijaga dengan baik.

Namun apa yang menarik perhatian selepas beberapa saat, kelihatan Ali memeluk isteri tercinta, Melati Fitri Abdullah itu sambil bercakap dengannya seolah-olah sedang memujuk wanita tersebut.

Tidak lama selepas itu, kelihatan isteri Ali kemudian mengesat air matanya sambil memeluk Ali. Ali bagaimanapun dengan tenang memujuknya dengan senyuman.

“Honda Accord sold (terjual), Terima kasih hamba Allah dari JB.. sangat mudah berurusan. Moga ada rezeki lain,” tulis Pojie yang dipercayai rakan Ali di kapsyen.

@pojie.pidon

Honda Accord SOLD✅ TQ hamba Allah ni dari JB … sangat mudah berurusan💪🏽 Moga ada rezeki lain 🤲🏻 @aliputeh @🌸 i am MeL 🌸 #sold #hondaaccord #honda

♬ bunyi asal – hilang – hilang

Selain kereta, pelawak itu turut jual motor RXZ, 125 ZR dan trofi, difahamkan untuk bayar hutang

Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik oleh Pojie turut memaklumkan motosikal RXZ serta 125 ZR milik Ali termasuk trofi Maha Raja Lawak Mega yang pernah dimenanginya turut dijualnya.

Memetik mStar, difahamkan semua barangan yang dijual oleh pelawak terbabit adalah untuk melangsaikan hutangnya kepada Hidayah.

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak sebaik melihat Melati dan memberikan kata semangat untuk mereka menyelesaikan hutang tersebut.

Bukan hanya itu, netizen turut berharap agar pasangan itu bersabar dan berdoa agar urusan mereka di permudahkan.

Tidak kurang juga ada yang memuji sikap isteri Ali itu yang sanggup berkorban bersama-sama suami.

“Mana tahu Allah SWT ambil Honda Accord, sekali Allah nak kasi Mercedes”

“Pengorbanan seorang isteri buat seorang suami.. syurga buatmu kak. Insya-Allah”

“Sedih tengok isteri Ali, semoga cepat selesai ya Ali dan keluarga”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

7 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

8 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

8 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

9 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

9 hours ago