Wanita Putus Urat Tangan Kerana Selamatkan Diri Dari Disamun [Video]

Sejak semalam (14 Februari), tular satu video di media sosial memaparkan sebuah kenderaan yang bergerak laju dalam keadaan mengundur sebelum merempuh satu lagi kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Dalam video tular itu, kelihatan kereta jenis Proton Saga itu mengundur dalam keadaan sangat laju sambil diekori sebuah kereta . Tidak lama selepas itu, kelihatan dua lelaki berlari mengejar kereta tersebut dan cuba membuka pintu kereta berkenaan.

Kereta Saga itu lalu memecut dan meninggalkan kawasan tersebut dengan segera.

Pemandu kereta Saga alami putus urat tangan kerana cubaan samun 2 individu

Terbaharu, polis memaklumkan insiden yang berlaku pada 13 Februari merupakan satu kejadian samun yang berlaku di hadapan sebuah kedai dobi di Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka.

Apa yang lebih parah kejadian samun itu telah menyebabkan mangsa yang menaiki kenderaan Saga mengalami putus urat tangan kerana mahu menyelamatkan diri sewaktu diserang dua lelaki yang membawa senjata pedang samurai.

Insiden yang berlaku pada jam 6.30 pagi itu dipercayai turut dirakam sebuah rakaman litar tertutup (CCTV)di tempat kejadian sehingga tular di media sosial.

Kereta BMW awalnya halang laluan sebelum pecahkan cermin hadapan, kiri & kanan

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah memaklumkan berdasarkan laporan dibuat oleh wanita berusia 36 tahun itu, dia mendakwa dua invidu yang menaiki kereta jenis BMW pada awalnya telah menghalang laluan kereta yang dipandu mangsa.

“Dua suspek lelaki kemudian turun dari kenderaan itu sambil membawa pedang samurai dan bertindak memecahkan cermin hadapan, kiri dan kanan kereta mangsa sehingga tangan kirinya cedera akibat terkena libasan parang.

“Wanita itu yang terkejut segera mengundurkan keretanya sehingga terlanggar sebuah kereta diparkir di belakang di tepi jalan sebelum berjaya meloloskan diri,” jelasnya, lapor Kosmo.

Buat laporan polis sebelum dapatkan rawatan pada tangan yang cedera

Mangsa kemudian telah tampil ke Balai Polis Masjid Tanah dalam keadaan cedera untuk membuat laporan berhubung kejadian tersebut. Sebaik laporan dilakukan dia lalu mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Masjid Tanah.

“Mangsa memaklumkan kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Masjid Tanah dan tidak mengenali kedua-dua suspek atau mempunyai konflik dengan mana-mana pihak.

“Mangsa yang cedera sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Melaka kerana mengalami putus urat tangan.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 393/427 Kanun Keseksaan. Beliau dalam pada itu, turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes untuk tampil ke balai polis berdekatan atau hubungi talian 06 556 2222 untuk membantu siasatan.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

2 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

3 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

3 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

3 hours ago