Filem seram yang menggunakan isu agama Islam seolah-olah sudah menjadi satu kebiasaan sekarang. Tular baru-baru ini filem seram ‘Siksa Neraka’ dari negara jiran yang diharamkan tayangannya di Malaysia.
Walaupun tiada sebab yang diberikan atas larangan tersebut, ramai yang membuat andaian ia kerana filem tersebut seolah-olah menggambarkan situasi di dalam neraka.
Sebelum itu, filem ‘Sijjin’ telah menjadi perbualan ramai akibat menggunakan pemakaian telekung sebagai kaedah promosi. Malah, ia turut berdepan kritikan orang ramai kerana menggunakan ayat al-Quran pada poster promosi filem tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Letak Kalimah Allah Pada Kain Hitam Baluti Tubuh Perempuan, FINAS Arah Tukar Poster Filem Sijjin
Sehubungan dengan itu, timbul persoalan jika meletakkan ayat al-Quran untuk tujuan promosi filem pada poster iklan bertentangan dengan akidah.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan ini adalah tidak sesuai dan merupakan satu penghinaan terhadap kesucian ayat al-Quran.
Ayat al-Quran adalah kalam Allah SWT dan telah dinyatakan oleh Imam al-Nawawi bahawa wajib bagi umat Islam memelihara dan menghormatinya.
Menulis ayat al-Quran di tempat tidak sepatutnya, seperti pada poster iklan dengan gambar tidak bersesuaian, adalah perbuatan memperolok-olok dan umpama mempermainkan kesucian ayat itu.
Tindakan sedemikian adalah satu jenayah berat yang boleh mengundang dosa besar. Allah SWT telah berfirman:
“Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?” (65) Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah. (66)”
Surah Al-Taubah, 65-66
Oleh itu, orang ramai, terutamanya yang beragama Islam, perlu peka dan berhati-hati supaya tidak menggunakan ayat al-Quran untuk tujuan promosi perkara yang tidak sepatutnya, seperti diletakkan pada poster dan gambar iklan yang bertentangan dengan akidah.
Pejabat Mufti WP menekankan bahawa menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memelihara dan menjaga kesucian al-Quran.
Di samping itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengeluarkan garis panduan ke atas aktiviti berkaitan dengan pembuatan bahan-bahan yang mempunyai ayat al-Quran.
Selain itu, ayat al-Quran juga dilarang dicetak di akhbar-akhbar, keychain, kasut, baju, kad ucapan, kad undangan perkahwinan, jubin, VCD dan seumpamanya untuk tujuan pengiklanan. Hal ini adalah kerana dikhuatiri tidak dapat menjaga kesucian ayat al-Quran itu.
Para ulama telah bersepakat bahawa perbuatan meremehkan dan mempermainkan kesucian al-Quran boleh menyebabkan seseorang terkeluar dari Islam dan menjadi kafir.
Perkara ini adalah berdasarkan kepada karya al-Syifa oleh Qadi Iyad, yang menjelaskan seorang Islam jatuh kafir jika meremehkan atau menghina al-Quran, walaupun hanya sebahagian daripadanya.
Oleh yang demikian, pengkarya harus bersikap lebih sensitif dan tidak menggunakan ayat al-Quran pada poster promosi filem yang tidak bersesuaian dengan ajaran Islam.
Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.
Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…
Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.
Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…
Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…