Berjaya Halang Gelombang Ke-2 Covid-19, Doktor Dari Malaysia Ini Disanjung Di Australia

Siapa sangka, kejayaan mengesan seorang pesakit Covid-19 seterusnya menghalang penularan gelombang kedua COVID-19 di Adelaide, Australia menyebabkan pakar perubatan dari Malaysia, Dr Dharminy Thurairatnam menjadi perhatian masyarakat dan media di sana

Dr Dharminy dijulang sebagai wira selepas dia berjaya mengesan dan merawat seorang warga emas wanita berusia 80 tahun di tempat dia bertugas, iaitu di Hospital Lyell McEvin.

Menerusi laporan News.com.au, Doktor yang berasal dari Klang itu ketika kejadian sedang merawat seorang wanita berusia 80-an sebelum dia menyedari wanita tersebut mengalami masalah pernafasan.

Dia yang baru berpindah ke Australia tahun lalu kemudiannya dengan segera telah melakukan pemeriksaan lanjut terhadap warga emas tersebut.

“Saya percaya dia sedang menghidapi sesuatu tetapi tidak secara spesifik (melibatkan) COVID-19.

“Terdapat pelbagai perkara yang menyebabkan dia berada dalam keadaan tersebut (masalah pernafasan),” katanya menerusi laporan berkenaan.

Pesakitnya itu kemudian turut menunjukkan gejala batuk menyebakan Dharminy terus menjalankan ujian saringan COVID-19 terhadapnya

Beberapa jam kemudiannya wanita berkenaan telah disahkan positif COVID-19. Keadaan tersebut kemudiannya mendapat perhatian pasukan keselamatan dan kesihatan di sana sehingga perintah berkurung terus dilaksanakan di seluruh negeri.

Bukan itu sahaja usaha mengenapasti dan mengasingkan ebih 4,000 kontak rapat telah dijalankan, di mana lebih 100 kontak rapat darinya adalah dari Jabatan Kecemasan Hospital Lyell McEwin, termasuk Dr Dharminy sendiri

“Ia merupakan pengalaman yang mengerikan… Saya berasa terkejut dan takut apabila tidak mengetahui bahawa saya sendiri berkontak rapat (dengan pesakit)

.“Walau bagaimanapun, kita perlu berharap dan berserah, serta bersikap positif (bahawa) semua ini akan kembali dalam keadaan baik,” ujarnya.

Dia bagaimanapun disahkan negatif selepas dua kali melakukan ujian saringan COVID-19. Namun masih menjalani kuarantin di sebuah hotel.

Selain portal News.com.au, Kejayaan beliau turut mendapat perhatian dari pelbagai media antarabangsa antaranya The Sunday Mail, ABC dan banyak lagi.

Malah kisah nya turut dikongsikan portal kesihatan South Australia di laman Facebook mereka sehingga meraih pujian warga di sana.

DIfahamkan dia akan terus menghabiskan tempoh kuarantin walaupun mengalami mengalami masalah sakit tekak dan hidung berair.

Sebagai rekod Dr Dharminy berpindah ke sana untuk melanjutkan kerjayanya dalam bidang perubatan. Dia masih belum berpeluang bertemu suami dan dua anaknya sejak pandemik COVID-19 bermula, pada Mac lalu.

Recent Posts

  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

7 mins ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

55 mins ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 hours ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

4 hours ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

4 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

5 hours ago