Elyana Terpaksa Gugurkan Kandungan

Penyanyi Elyana mendedahkan terpaksa menggugurkan kandungannya yang berusia dua bulan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan.

Elyana, 31, yang menghidap kanser limfoma tahap empat mengakui keputusan itu sukar kerana sudah lama menginginkan cahaya mata.

“Kalau kanser di peringkat awal, saya mungkin masih cukup kuat untuk hamil.

“Namun, sekarang saya sentiasa lemah dan perlu mengambil puluhan ubat pil setiap hari.

“Saya takut anak yang bakal lahir dalam keadaan tidak sempurna,” katanya ketika ditemui di Jelajah Suria di Putrajaya, hari ini.

Menurut penyanyi Tak Tercapai Akalmu itu, dia sudah meminta nasihat ustaz mengenai perkara itu sebelum menggugurkan kandungannya 10 hari lalu.

“Anak saya sedih kerana dia sudah lama ingin adik. Malah, dia sudah pilih nama untuk kandungan,” katanya.

Dua tahun lalu, Elyana pernah menggugurkan kandungannya yang berusia tujuh minggu kerana di luar rahim.

Elyana mendiri rumah tangga dengan Khairul Anuar Hussin pada November 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, tujuh tahun.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago