Kisah Disebalik Gambar Ibu Menyusu Anak Atas Lantai Sambil Jawab Kertas Peperiksaan

Gambar seorang ibu dilihat menyusukan anaknya yang berusia dua bulan sambil menjawab kertas peperiksaan kemasukan ke universiti tular.

Tindakan menyentuh hati ibu muda berkenaan, Jahantab Ahmadi menjawab kertas peperiksaan di atas lantai sambil memangku bayinya tular di media sosial selepas dimuat naik oleh seorang pensyarah.

Jelas Jahantab, dia mengambil keputusan untuk duduk di atas lantai kerana tidak mahu bayinya itu menangis dan menggangu pelajar lain yang sedang menjawab kertas peperiksaan.

“Saya juga duduk di lantai bagi menghalang cahaya panas terkena anak. Jadi saya berlindung di sebalik kerusi.

“Ada beberapa kali anak saya menangis dan risau jika saya disuruh keluar.

“Saya juga risau jika keluarga saya melihat gambar ini di laman sosial,” ujarnya kepada BBC.

Jahantab dan anaknya mengambil masa selama tujuh jam untuk mengambil peperiksaan tersebut.

Usaha Jahantab itu akhirnya berbaloi apabila ditawarkan untuk menyambung pengajiannya dalam bidang ekonomi di sebuah universiti terkemuka di Kabul.

Malah yuran pengajian juga dibayar oleh salah seorang ahli politik wanita Afganistan.

Lebih bertuah, Jahantab turut menerima penginapan di sebuah flat secara percuma selama setahun oleh Presiden Kedua Afganistan.

“Saya mahu berkhidmat kepada semua golongan wanita di kampung saya.

“Malah ada juga rasa kesian kepada mereka (wanita) yang tidak dibenar untuk mendapat pelajaran.”

Sumber : MStar

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

13 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

22 hours ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

23 hours ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

23 hours ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

24 hours ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago