Tong Ikan Selamatkan Nelayan Hanyut Selama 5 Hari

Tong ikan menjadi penyelamat kepada empat nelayan selepas bot mereka tenggelam akibat kebocoran pada kedudukan 60 Batu Nautika dari Kuala Kemaman.

Semua mangsa ditemui selamat selepas lima hari hanyut dan bergantung kepada beberapa keping biskut dan air masak untuk kelangsungan hidup.

Empat nelayan itu, tekong bot, A Bakar A Rahman, 65; Alias Mamat, 54; Ibrahim Jusoh, 62 dan Sulaiman Kadir, 25, ditemui sebuah kapal yang dalam perjalanan menghantar bekalan di sebuah pelantar minyak, kira-kira jam 2 petang semalam.

A Bakar berkata, mereka yang berasal dari Kuantan keluar menangkap ikan pada 28 April lalu.

Katanya, dia dan awak-awaknya menyedari bot mereka mengalami kebocoran di bahagian enjin, kira-kira jam 5 pagi, 2 Mei lalu.

“Enjin gagal dihidupkan dan kami tidak dapat mengepam keluar air yang memenuhi bot.

“Menyedari kami dalam situasi bahaya, saya mengarahkan awak-awak supaya mengikat tiga tong ikan untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui NSTP, hari ini.

Menurutnya, mereka terjun ke dalam tong ikan beberapa minit sebelum bot tenggelam sepenuhnya, kira-kira jam 11 pagi.

“Kami ketika itu berdoa dan berserah kepada Allah supaya kami semua selamat dan tidak berdepan dengan ombak besar.

“Kami duduk di dalam tong ikan itu dan hanyut selama lima hari. Nasib kami sangat malang sepanjang hanyut, kami tidak berjumpa walau sebuah pun bot nelayan lain,” katanya.

A Bakar berkata, sepanjang hanyut, mereka hanya makan beberapa keping biskut dan minum air masak, tetapi bekalan terputus pada dua hari terakhir.

“Apa boleh buat kami hanya mampu merayu kepada Allah dan doa kami akhirnya dimakbulkan apabila sebuah kapal menghampiri bot kami dan memberi bantuan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pengkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim Muhammad Rezal Kamal Bashah berkata, nelayan itu bernasib baik selepas terserempak kapal Nautikal Tanjung Puteri 4 yang dalam perjalanan ke sebuah pelantar minyak.

Katanya, kapal terbabit kemudiannya menaikkan semua nelayan yang kelaparan dan keletihan itu sebelum diberi makanan.

“Kapal kemudiannya membawa nelayan itu masuk ke Pengkalan Bekalan Kemaman (KSB) sebelum dibawa ke Pengkalan Maritim Kemaman untuk diambil keterangan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago