fbpx
Now Reading
Dua Orang Pengundi Temui Ajal Ketika Beratur Menunggu Giliran

Dua Orang Pengundi Temui Ajal Ketika Beratur Menunggu Giliran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini iaitu 9 Mei adalah hari yang telah dinantikan oleh masyarakat untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia iaitu dengan mengundi

Ramai pengundi yang hadir di lokasi undi masing-masing, tidak kira usia, tidak kira bangsa. Walaupun dalam keadaan yang panas terik dan harus beratur panjang, rakyat dikatakan masih bersemangat untuk ‘buang undi’.

Seperti yang kita lihat, dalam keadaan apa sekali pun mereka masih bersemangat hadir menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.

Namun, seorang wanita dikatakan telah meninggal dunia selepas terjatuh ketika beratur untuk mengundi di pusat pengundian SMK Pulau Serai, Dungun awal pagi tadi

Setakat ini masih belum ada berita lanjut dikeluarkan tentang insiden tersebut.

 

Seorang lagi warga emas yang dikatakan telah rebah ketika beratur dan meninggal dunia 15 minit selepas kejadian

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Star, di lokasi yang berbeza seorang warga emas yang dikenali sebagai Lor Voon Chor, 78 tahun dikatakan rebah dan disahkan meninggal dunia ketika sedang beratur untuk membuang undi di Sekolah Menengah (P) Taman Petaling, Petaling Jaya, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

“Seorang anggota polis di tempat kejadian menghubungi 999 untuk mendapatkan bantuan. Pasukan perubatan tiba dari Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Isteri dan anak-anak si mati berkata beliau menderita masalah jantung dan paru-paru serta diabetes,” kata Asisten Komisioner OCPD daerah, Mohd Zani Che Din.

Sumber : Seismik.com

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.