Najib tak akan ditahan – Mohd Shukri

Datuk Seri Najib Razak tidak akan ditahan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Mohd Shukri berkata bekas perdana menteri dipanggil oleh SPRM ke pejabat SPRM pada pagi Selasa bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International.

“Bukan nak tangkap. Kehadiran beliau hari ini untuk memberi keterangan berhubung SRC International.

“Ini susulan SPRM menerima maklumat baharu,” kata Mohd Shukri dalam sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Selasa.

Mohd Shukri berkata, buat masa ini beliau tidak dapat menentukan berapa lama masa diambil untuk proses memberi keterangan.

“Saya tak dapat beritahu, semuanya bergantung kepada jawapannya, kalau kami puas hati, kami lepaskannya.

“Kalau kami perlukannya lagi, kami akan panggil semula,” katanya.

Ditanya adakah saksi lain yang akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes ini, Mohd Shukri berkata hanya Najib seorang pada hari ini.

“Hari ni Najib dulu, tapi ada lagi satu atau dua orang saksi penting yang kita akan panggil,” katanya.

Najib tiba di ibu pejabat SPRM menaiki kenderaan Toyota Vellfire pada pukul 9.42 pagi ini dengan kawalan ketat daripada anggota polis.

Difahamkan hanya anggota Parlimen Pekan itu yang masuk memberi keterangan kepada pegawai SPRM di bilik soal siasat di bangunan itu.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada  26 Jan 2016, media melaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Sumber mstar

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

15 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

16 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

17 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

20 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

20 hours ago