Tun Siti Hasmah minta rakyat Malaysia tidak lagi kirim hadiah, tiada ruang simpanan

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, meminta agar rakyat Malaysia berhenti mengirimkan hadiah kepada mereka sekeluarga. Hal itu dimaklumkan oleh anaknya, Marina Mahathir, melalui satu entri di akaun Facebook.

Kata Marina, semenjak kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ibu bapanya menerima banyak kiriman, antaranya bunga, makanan dan hadiah-hadiah lain.

Biarpun kesemua pemberian itu sangat dihargai, namun ia perlu dihentikan kerana bukan sahaja ia menyalahi undang-undang yang dibuat PH, tetapi juga jumlah yang terlalu banyak menyukarkan mereka untuk menguruskannya.

 

“Satu, undang-undang PH tidak membenarkan ahli politik menerima hadiah selain daripada bunga dan makanan. Kedua, walaupun mereka menghargai setiap pemberian, tetapi hadiah yang terlalu banyak menyukarkan penyimpanan.

“Kedua-dua mereka tidak akan berpindah ke Seri Perdana sebaliknya akan terus tinggal di rumah sekarang, tetapi di situ ruangnya tidaklah seluas mana dan sukar untuk menyimpan hadiah-hadiah itu.

“Jadi ibu meminta agar mereka yang mahu mengirim hadiah, memberikannya kepada pertubuhan kebajikan. Itu akan menggembirakannya,” tulis Marina.

 

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

10 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

12 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

13 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

16 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

16 hours ago