Peluru Berpandu Russia Disahkan Tembak MH17

Penyiasat nahas pesawat MH17, hari ini berkata, peluru berpandu yang digunakan untuk menembak kapal terbang itu di timur Ukraine datang daripada briged tentera Russia.

Pasukan Siasatan Bersama “merumuskan bahawa BUK-TELAR yang menembak jatuh MH17 datang daripada Briged ke-53 Peluru Berpandu Anti-pesawat berpangkalan di Kursk, Russia,” kata penyiasat Belanda, Wilbert Paulissen.

“Briged ke-53 membentuk sebahagian tentera Russia,” katanya kepada wartawan pada sidang akhbar di Belanda.

Pesawat milik Malaysian Airlines itu ditembak jatuh di timur Ukraine yang bergolak pada 17 Julai 2014, ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Semua 298 penumpang dan kru, kebanyakannya rakyat Belanda, maut dalam nahas itu.

Rakyat 17 negara berada dalam pesawat termasuk Australia, Britain, Malaysia dan Indonesia.

Penyiasat sebelum ini merumuskan pesawat itu ditembak sistem peluru berpandu BUK buatan Russia yang dibawa masuk dari negara itu dan ditembak dari wilayah Ukraine yang dikuasai pemberontak disokong Moscow.

Namun mereka tidak menyatakan pihak yang melakukan bedilan.

Kini, pasukan itu melakukan semula laluan diambil konvoi peluru berpandu dari Kursk ke arah sempadan memasuki Ukrain menggunakan video dan gambar.

“Kami yakin siasatan kami mewajarkan rumusan bahawa BUK-TELAR yang digunakan datang daripada Briged ke-53 yang juga sebahagian tentera Persekutuan Russia,” katanya.

Moscow berulang kali menafikan sebarang pembabitan dalam menembak jatuh pesawat Boeing 777 itu, sebaliknya menyalahkan Kiev.

Sumber : Harian Metro

 

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

15 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

16 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

18 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

20 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

20 hours ago