Dulu Sotong, Sekarang Kucing!

Selepas menggunakan seekor sotong kurita bernama Paul pada perlawanan Piala Dunia 2010, kini seekor kucing bernama Archilles dipilih untuk meramal keputusan perlawanan Piala Dunia 2018.

Kucing putih gebu yang tinggal di muzium Hermitage, St Pettersburg di Rusia itu akan membuat ramalan perlawanan untuk Piala Dunia Fifa yang akan berlangsung di Rusia,.

Sebelum ini Paul menjadi selebriti kerana kejayaannya meramal kemenangan pasukan Sepanyol.

Archilles sebelum ini pernah membuat ramalan keputusan untuk Piala Konfederasi 2017.

Malah, Archilles adalah seekor kucing yang pekak.

Ini bermakna dia tidak akan mudah terganggu dengan wartawan yang menunggu sewaktu dia membuat ramalan menggunakan dua mangkuk makanan yang dilekatkan dengan bendera pasukan.

Untuk sesi latihan, Archilles memakai jersi berwarna merah, melihat carta pasukan dan jadual perlawanan sebelum meneruskan latihan senaman beroda.

“Archilles kini sedang bekerja, dia sedang bersiap untuk piala dunia dan sedang dalam proses adaptasi.

“Dia selalu diberi makan melebihi apa yang sepatutnya. Apabila dia datang, dia kelihatan seperti bola. Jadi kami bagi dia diet di sini,” ujar veterinar, Anna Kondratieva.

Selain menjalani latihan, Archilles juga boleh ditemui sedang berposing untuk gambar di sekitar muzium, membina persona selebritinya yang akan menjadi perhatian ramai menjelang Piala Dunia tidak lama lagi.

Sumber: mStar Online

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago