Larangan Sementara Buat Warga Asing di Masjid Kota Kinabalu

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah mengutuk tindakan di luar batas dan tidak sesuai oleh dua pelancong asing yang menari di atas tembok pagar Masjid Kota Kinabalu yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pembantu Menteri Assafal Alian berkata, perbuatan pelancong asing terbabit di kawasan rumah ibadat itu sebagai tidak menghormati orang Islam serta layanan baik yang Sabah berikan kepada mereka.

Beliau menegaskan bahawa Sabah adalah sebuah negeri berbilang kaum dan agama, dan menjaga keharmonian agama adalah antara perkara asas yang Sabah pertahankan.

“Kementerian tidak akan memandang ringan isu ini, jika kita mahu terus mengembangkan industri ini.

“Walaupun insiden berkaitan pelancong seperti ini berlaku di mana-mana, tetapi kita tidak akan berdiam diri dan tanpa melakukan apa-apa tindakan,” katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Assafal berkata tindakan akan diambil terhadap pelancong terbabit apabila identiti dan kewarganegaraan mereka dikenal pasti, termasuk pengendali percutian mereka yang gagal memberikan penerangan dan memaklumkan tatacara yang betul ketika melawat ke rumah ibadat.

Berikutan kejadian itu, pihak pengurusan masjid tersebut telah mengeluarkan larangan sementara kepada semua pelawat warga asing.

Setiap hari, hampir seribu pelancong melawat masjid tersebut yang merupakan satu daripada tempat yang mesti dilawati di Kota Kinabalu.

“Kementerian akan terus mengadakan perbincangan dengan pengusaha pelancongan dan pihak berkepentingan dalam indutsri termasuklah pemilik premis tarikan pelancongan di Sabah, terutamanya di kawasan sensitif seperti bangunan agama dan rumah ibadat.

“Kami juga merancang untuk memperkenalkan had kehadiran di kawasan tarikan pelancong termasuk rumah ibadat bagi mengawal dan membolehkan aliran lancar antara pengamal dan pelancong ke kawasan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) Datuk Jamal Tun Sakaran mengumumkan penutupan masjid tersebut kepada semua pelancong berkuat kuasa pada Ahad.

Ia dipercayai berikutan tersebarnya video berdurasi 10 saat menunjukkan aksi tidak senonoh dua wanita berpakaian seksi dipercayai pelancong asing sambil menari di atas pagar tembok masjid itu.

Jamal dalam kenyataannya berkata, berikutan kejadian itu, MBR memutuskan semua bas pelancong, pemandu Grab dan teksi tidak dibenarkan membawa pelancong masuk ke kawasan dan sekitar masjid kecuali teksi berdaftar dengan MBR.

Katanya, larangan itu termasuk tidak membenarkan bas pelancong, kereta Grab dan teksi diletakkan di luar masjid seperti yang biasa diamalkan sebelum ini.

Setiap hari dianggarkan 500 hingga 1,000 pelancong melawat MBR berdasarkan persetujuan pihak Pengurusan Tertinggi MBR dalam melaksanakan pelbagai usaha bagi menyampaikan mesej keindahan Islam dan masjid kepada pelancong.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

7 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

8 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

9 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

12 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

12 hours ago