Ribut di Arafah, Tabung Haji Sahkan Semua Jemaah Malaysia Selamat

Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan bahawa semua jemaah haji Malaysia selamat dalam kejadian ribut di sini yang berlaku pada 6.30 petang hingga 8.00 malam waktu Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan hari ini, TH berkata kekukuhan struktur binaan rangka khemah yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi menjadi antara penyebab kepada ketiadaan kemalangan jiwa membabitkan jemaah Malaysia.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman, berkata ketika kejadian ribut dan hujan itu, pihak bomba Arab Saudi mengarahkan bekalan elektrik ditutup bagi menjaga keselamatan jemaah haji yang berada di Arafah.

“Pemeriksaan menyeluruh dilaksanakan di setiap maktab dan terdapat beberapa khemah jemaah haji Malaysia mengalami kerosakan dan kini dalam proses baik pulih oleh pihak Muassasah Asia Tenggara,” katanya

Semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan bekalan elektrik disambung semula secara berperingkat mulai jam 10.45 malam.

“Waris dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keadaan jemaah haji Malaysia yang kini berada di Arafah,” katanya.

Sumber : BH Online

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

4 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

5 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

5 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

7 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

9 hours ago