Najib Ditahan SPRM Berhubung Kes 1MDB

Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadi beliau.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, bekas perdana menteri itu ditahan pada pukul 4.13 petang Rabu di ibu pejabat suruhanjaya tersebut di Putrajaya.

“Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara,” menurut kenyataan itu, Rabu.

Najib akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, jam 3 petang untuk pertuduhan di mahkamah.

Dalam pada itu, SPRM turut akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam keterangan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah pada Khamis.

“Ia bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” tambah kenyataan itu.

Sumber : mstar

Recent Posts

  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

20 hours ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

20 hours ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

20 hours ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

21 hours ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

22 hours ago
  • Trending

“Nampak Sama Tapi Bukan Dia” – Ustaz Azhar Idrus Versi China Undang Perhatian Ramai [Video]

Persamaan antaran pelancong terbabit dan UAI dapat dilihat menerusi mata, hidung dan juga jambang selain…

1 day ago