Jaga-Jaga…Steroid Dalam Jus ‘Penawar’

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan produk dikenali sebagai Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar mengandungi bahan steroid iaitu dexamethasone dan prednisolone yang dilarang di bawah Akta Makanan 1983.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua jenis steroid berkenaan digunakan untuk merawat masalah bengkak dan radang yang serius.

Katanya, penggunaan secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing.

“Hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan ke atas produk berkenaan itu juga mendapati, syarikat yang mengedarkannya iaitu Sri Saga Marketing S/B tidak wujud dan melanggar Seksyen 16, Akta Makanan 1983.

“Sehubungan itu, KKM melarang penjualan produk berkenaan termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok untuk menghentikan serta-merta penjualan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.

“Ini kerana di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, menyatakan mana-mana orang yang menyedia atau menjual makanan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan adalah suatu kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, orang awam disarankan segera mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan dan jika sudah mengambil produk terbabit dalam jangkamasa lama supaya tidak memberhentikan secara mendadak.

“Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau hubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

8 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

8 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

9 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

10 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

11 hours ago