Cuti Sekolah Berbeza Tarikh di Setiap Zon Bakal Diperkenal

Ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bercuti ke Cameron Highlands, Melaka atau mana-mana destinasi percutian lain semasa cuti sekolah mungkin menyambut baik cadangan cuti sekolah dilaksanakan secara berperingkat.

“Berbanding cuti sekolah selama seminggu untuk seluruh negara, kita boleh mengagihkan musim cuti selama tiga minggu.

“Kami mencadangkan musim cuti sekolah dilaksanakan secara berbeza untuk wilayah pantai utara, selatan dan timur,” kata Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Beliau berkata kementeriannya menyediakan laporan lengkap mengenai cadangan Kementerian Pelajaran untuk mempertimbangkan penjadualan musim cuti sekolah yang berbeza bagi seluruh negara.

Apabila cuti sekolah berlangsung tidak serentak, kualiti pelancongan domestik akan lebih tinggi kerana masalah kesesakan dapat dikurangkan.

“Kita juga akan mempunyai pengurusan lalu lintas yang lebih baik dan pemain industri pelancongan tidak perlu menghadapi situasi ‘feast or famine’,” katanya.

Beliau berkata, cadangan tersebut adalah untuk cuti sekolah pertengahan tahun pada bulan Mac, Jun dan September tetapi ia tidak termasuk cuti akhir tahun yang lebih panjang.

“Laporan itu hampir siap. Kami memperoleh semakin banyak data.

“Jika kita katakan Cameron Highlands sesak semasa cuti persekolahan, berapa sesak keadaan yang berlaku?

“Dalam era data besar (big data) ini, kita harus teliti mengenai apa yang kita cadangkan,” kata Muhammad Bakhtiar kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Arkeologi Kebangsaan di sini pada Selasa.

Katanya, cuti berbeza telah dilaksanakan di Malaysia apabila rakyat di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu mempunyai cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu. – The Star

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/10/10/cuti-sekolah-berperingkat/#XEhu1UX1gwfHwlEr.99

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

9 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

10 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

11 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

12 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

15 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

15 hours ago