Hanya Serpihan Pesawat dan Barang Milik Mangsa Ditemui Setakat Ini

Pesawat Lion Air yang membawa 188 penumpang disahkan terhempas dalam laut, ujar agensi mencari dan menyelamat negara Indonesia.

Pihak berkenaan dilaporkan menemui serpihan seperti jaket keselamatan di perairan utara Jawa.

Pasukan penyelam juga dikatakan sedang bertungkus-lumus bagi mencari mangsa di kawasan tersebut.

Muhammad Syaugi, ketua agensi mencari dan menyelamat berkata, pihaknya berdoa agar mangsa yang masih hidup dapat ditemui.

“Kami tak dapat pastikan lagi jika ada yang terselamat,” ujarnya ringkas.

Antara barangan dipercayai milik mangsa penerbangan Lion Air yang ditemui di sekitar perairan Karawang.

Sementara itu, agensi bencana Indonesia turut memuat naik beberapa keping foto barangan seperti telefon, buku, bag dan bahagian pesawat yang dikutip oleh pasukan pencarian ke laman Twitter.

Yusuf Latif, jurucakap Lion Air berkata juruterbang pesawat malang itu melaporkan masalah teknikal sejurus berlepas, sebelum ia terputus hubungan 13 minit selepas itu.

Ujarnya lagi, krew sebuah kapal tunda turut melaporkan melihat pesawat itu terhempas.

Penerbangan Lion Air JT-610 itu berlepas pada pukul 6.20 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada 6.33 pagi.

Pesawat itu sepatutunya tiba di Pangkal Pinang, 7.20 pagi ini.

Ia kali terakhir direkodkan terbang pada ketinggian 3,650 kaki (1,113 meter) dan kelajuannya meningkat kepada 345 knot, menurut data yang dirakam laman web itu.

Tompokan minyak kelihatan di perairan Karawang dipercayai milik pesawat Lion Air.

Kedudukan terakhir pesawat itu adalah kira-kira 15 kilometer di utara pantai Indonesia, menurut rujukan Google Map mengenai kedudukan terakhir yang dilaporkan Flightradar24.

Menurut Flightradar 24, pesawat itu merupakan model Boeing 737 MAX 8.

Pesawat itu berlepas kira-kira pukul 6.20 pagi dan dijangkan mendarat di Bangka-Belitung pada pukul 7.20 pagi.

“Kami tidak boleh memberi sebarang komen ketika ini.

“Kami cuba mengumpul semua maklumat dan data,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan Lion Air, Edward Sirait.

Lion Air merupakan salah sebuah syarikat penerbangan terbesar dan baharu di Indonesia.

Ia menghubungkan penumpang ke laluan domestik dan juga antarabangsa. – ABC.Net.Au

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago