Mayat Menggigil Ketika Dimandikan, Rupanya…

Seorang warga emas di New Delhi yang disangka mati mengejutkan ahli keluarganya apabila tiba-tiba bangun ketika mahu dimandikan pada majlis pengebumiannya, malah menjelaskan dia sekadar terlena.

Daily Mail melaporkan, kejadian pelik itu berlaku di Jhunjhunu, Rajasthan, India apabila lelaki berusia 95 tahun yang pada mulanya disahkan mati oleh doktor, kembali hidup.

Media tempatan melaporkan, Budh Ram pengsan di rumahnya sebelum keluarganya memanggil bantuan doktor ke rumah namun diberitahu lelaki itu meninggal dunia.

Keluarganya terus membuat persediaan dan memanggil sami sebagai persediaan untuk mengadakan majlis pengebumian pesara itu.

Menurut anak sulungnya, Balu Ram, 65, mereka melakukan persiapan dengan memandikan mayat dengan menjirus air ke badan ‘mayat’ berkenaan, namun terkejut apabila bapanya itu menggigil.

Dia kemudiannya mengangkat bapanya ke katil dan mendapati warga emas itu mula bernafas dan boleh duduk seperti biasa.

Balu Ram yang gembira melihat bapanya itu menyifatkan kejadian itu sebagai satu perkara ajaib. – Agensi

Sumber : Daily Mail

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 day ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

1 day ago