Now Reading
Kereta Nina Iskandar Di langgar Semasa Memandu

Kereta Nina Iskandar Di langgar Semasa Memandu

Pelakon Nina Iskandar yang berasal dari Brunei Darussalam telah kemalangan dan menyifatkan kemalangan yang menimpanya di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya, baru-baru ini antara dugaan terburuk pernah dilaluinya seumur hidup.

Nina memberitahu bahawa kemalangan itu berlaku terlalu pantas dan pada ketika itu, dia dia dalam perjalanan pulang dari lokasi penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi.

Gambar: Myartis

“Ketika itu, saya memandu di laluan tengah kira-kira 3 pagi. Saya sedar tiba-tiba dilanggar dan kereta terbabit terus memecut laju. “Saya panik lalu memberhentikan kereta. Saya nyalakan lampu kecemasan dengan harapan ada orang datang membantu.”

“Namun, lain pula jadinya apabila kereta saya dilanggar sekali lagi. Berikutan itu, kereta saya berpusing beberapa kali dan melanggar pembahagi jalan. “Mujur pemandu kereta kedua itu berhenti dan membantu saya,” katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada BH Online.

Berikutan daripada kejadian itu, Nina telah membuat laporan di sebuah balai polis di Petaling Jaya dan juga berkata bahawa tulang belakangnya retak dan bibirnya cedera. Pelakon yang berumur 27 itu berkata, dia sedang menjalani pemeriksaan secara menyeluruh di sebuah hospital.

“Saya akan jalani beberapa pemeriksaan terlebih dulu. Saya tunggu dan lihat sama ada perlu mendapatkan rawatan di Brunei atau tidak. Apa-apa pun, saya bersyukur ibu ada di sisi… Ibu baru saja sampai dari Brunei,” katanya yang tidak dapat berkomunikasi secara lisan berikutan kecederaan dialaminya.

See Also

Berita kemalangan itu dikongsi pelakon, Amyza Aznan melalui entrinya di Instagram. Amyza memohon orang ramai mendoakan Nina yang cedera akibat kejadian itu.Amyza memohon orang ramai mendoakan Nina yang cedera akibat kejadian

Sumber: Berita Harian

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.