Ahli Parlimen Muar itu berkata niatnya hanyalah untuk membantu produk usahawan tempatan agar dapat memasuki rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven, namun sebaliknya beliau pula dicaci.
Menurut menteri berusia 26 tahun itu, beliau telah berusaha membawa produk-produk tempatan ke perhatian usahawan terkenal Tan Sri Vincent Tan termasuk produk milik usahawan muda yang mendakwa ditipu oleh pasukan kementeriannya.
“Saya lakukan semua bagi membantu dia. Sampai ke tahap jumpa pengendali utama 7-Eleven dan ucapkan terima kasih selepas ada penambahan produk anak muda ke rangkaian mereka, termasuk Hausboom.
“Pagi tadi, saya dimaklumkan salah seorang usahawan yang produknya masuk ke jemaah menteri, produknya yang saya promosikan kepada PM/DPM/Menteri termasuk dengan profil perniagaan dan produknya yang saya usaha untuk masuk rangkaian 7-Eleven dan yang lain, mencaci saya kerana tidak membantu dia,” jelas Syed Saddiq di media sosialnya.
Tidak mahu memanjangkan isu, Syed Saddiq mengeluarkan arahan untuk membayar semula kos penajaan yang dikeluarkan usahawan berkenaan.
Sebelum ini, pemilik jenama Hausboom, Azri Zahier Azmi melalui akaun Facebooknya mendakwa KBS menjanjikan promosi produk termasuk di Instagram Syed Saddiq, namun tidak ditunaikan.
Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…
Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…
Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…
Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…
Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…
Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…