Jakim, Tun M dan Kerajaan Malaysia Tolak Tindakan Mengiktiraf Golongan LGBT

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melahirkan rasa kesal akan tindakan sekumpulan peserta yang menyokong golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dalam perarakan sempena Hari Wanita Antarabangsa di Ibu Negara pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan oleh Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Nordin Ibrahim hari ini, Jakim turut menolak sebarang usaha mengiktiraf golongan itu di negara ini.

Katanya, Jakim senada dengan pendirian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta kerajaan Malaysia mengenai isu terbabit.

“YAB Tun Dr Mahathir Mohamad yang jelas mengatakan bahawa Malaysia tidak boleh menerima sistem nilai yang diamalkan di negara barat iaitu LGBT dan perkahwinan sama jenis.”Pendirian sama juga turut ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang melarang sebarang usaha untuk mempromosikan LGBT di negara ini,” menurut kenyataan itu.

Jelasnya lagi, sejak dahulu lagi budaya songsang seumpama itu tidak diterima di negara ini.

Sejak dahulu lagi LGBT tidak diterima di negara kita. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam.

“Demokrasi tidak bermaksud semua orang boleh buat apa yang disukainya, lebih-lebih lagi apa yang diperjuangkan bertentangan dengan undang-undang, ajaran agama, nilai dan norma masyarakat Malaysia,” menurut kenyataan itu lagi.

Justeru Jakim juga komited dalam menangani dan membantu golongan yang terjebak dengan budaya songsang itu menerusi program pemulihan.

Sumber : Awani

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

14 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

14 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

15 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

16 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

17 hours ago