Now Reading
RM2.1 Bilion Dapat Dijimatkan Jika Kurangkan Penjawatan Perkhidmatan Awam Yang Tidak Diisi

RM2.1 Bilion Dapat Dijimatkan Jika Kurangkan Penjawatan Perkhidmatan Awam Yang Tidak Diisi

Kerajaan dapat menjimatkan RM2.1 bilion untuk satu tahun jika mengurangkan enam peratus jawatan yang tidak diisi lagi dalam perkhidmatan awam, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata daripada 1.7 juta penjawatan yang diwujudkan, pengisian jawatan adalah hanya 94 peratus dan baki enam peratus jawatan masih tidak diisi.

“Pengurangan yang kita maksudkan adalah kita ‘slash’ jawatan-jawatan yang tidak diisi ini jika ia tidak mempunyai impak besar kepada perkhidmatan awam. Penjawat awam yang sedia ada, yang menjawat jawatan dalam kerajaan sekarang tidak terlibat (dalam proses pengurangan ini),” katanya.

See Also

Sumber : BERNAMA

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.