Patah Balik Ke Mahkamah Untuk Tambah Kenyataann, PU Abu Dan Ain ‘Afini Kini Sah Bercerai

Walaupun semalam ada yang merasa gembira apabila mengetahui Mahkamah Rendah Syariah Klang memutuskan perceraian Pencetus Ummah Abu Sufyan (PU Abu) dan Ain ‘Afini tidak sah selepas mendapati lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dilakukan personaliti itu tidak sah.

GAMBAR: Ain ‘Afini (Harian Metro)

Namun begitu, pasangan itu kini sah bercerai talak dua petang semalam apabila PU Abu dan Ain ‘Afini kembali ke mahkamah kerana Pu Abu tidak memberi kenyataan penuh.

Bercakap pada mStar, PU Abu memberitahu:

“Ada maklumat yang tidak cukup membuatkan perceraian itu tidak sah dan saya terpaksa berpatah balik bagi menambah kenyataan.”

“Dia bagaimanapun enggan mengongsi ‘kenyataan tambahan’ tersebut kepada umum.””Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas prosiding pagi tadi (Rabu), saya baru teringat ada kenyataan yang saya tidak jelaskan kepada mahkamah.

“Saya dan Ain terpaksa berpatah semula ke sana dan mahkamah akhirnya memutuskan kami sah bercerai.”

PU Abu menyatakan bukti perceraiannya akan diperolehi dalam masa sebulan.

Sementara itu, Ain ‘Afini ketika dihubungi mengesahkan perkara itu tetapi juga tidak dapat berkongsi ‘kenyataan tambahan’ PU Abu kerana melibatkan aib lelaki itu:

“Kami sambung bicara kes waktu petang. Ada maklumat pihak lelaki yang tak lengkap sewaktu perbicaraan pagi.”

“Itu yang menjadi punca talak tak sah. Jadi kalau ikutkan mahkamah (keputusan) macam tu la… jatuh talak dua.”

“Tapi maaf saya tak dapat kongsikan (fakta tambahan yang dikemukakan kepada mahkamah) kerana ia melibatkan aib di pihak sana.”

Sebelumnya, pada 28 Januari, PU Abu telah menceraikan Ain ‘Afini talak satu bagaimanapun mereka berdua rujuk semula sebulan kemudian.

Namun begitu, PU Abu menghantar teks lafaz cerai menerusi WhatsApp pada pukul 11.44 pagi, 13 Mac lalu selepas seminggu meninggalkan Ain ‘Afini.

Ain ‘Afini yang kini sarat mengandung tujuh bulan dijangka akan melahirkan bayi mereka Julai depan.

Kisah PU Abu menceraikan isteri yang sedang mengandung menjadi tular, apabila dari kenyataan Ain ‘Afini sendiri, lelaki itu meninggalkannya setelah curang dan ingin mengahwini seorang janda bernama Hana Azraa. –

Sumber : beautifulnara.com via mStar Online

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

9 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

9 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

9 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

11 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

11 hours ago