fbpx
Now Reading
Pasar Terapung Bakal Dibuka Di Jambatan Angkat Terengganu

Pasar Terapung Bakal Dibuka Di Jambatan Angkat Terengganu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ini berita baik buat anda diluar sana yang teringin nak merasai pengalaman membeli-belah di pasar terapung seperti di Hatyai dan Bangkok yang terletak di Thailand atau Kalimantan dan Bandung yang terletak di Indonesia.

Ini kerana pasar terapung bakal dibuka di pesisir muara Sungai Terengganu berhampiran jambatan angkat di Kuala Terengganu. Semestinya ini akan menjadi antara tarikan pelancong dalam dan juga luar negara.

Gambar: Wikipedia

Malah, jambatan angkat itu juga kini menjadi mercu tanda baru kebanggaan penduduk negeri Terengganu. Menurut Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri Terengganu mahu mewujudkan pasar terapung sebagai satu tarikan baru selaras dengan pembangunan jambatan angkat yang kini menjadi sebutan di serata dunia terutama negara Asia.

Tidak dinafikan, berita ini pastinya sesuatu yang baik untuk industri perlancongan dan dapat membantu komuniti setempat dalam memajukan diri. Sama-samalah kita nantikan perlaksanaan pasar terapung ini di Kuala Terengganu.

Sumber: The Vocket


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.