Nota Terakhir Keluarga Adik Ainul Mardhiah Buat Dr Amalina Sebelum Pulang Ke Malaysia

Seperti yang kita tau, adik Ainul Mardhiah dan keluarga telah selamat pulang ke tanah air ditemani doktor sukarelawan dari Malaysia iaitu Dr Jaseemudeen Abu Baker dan  Dr Gunalan Arumugam selepas hampir dua bulan di rawat di kota London.

Antara orang yang paling penting dalam misi membawa adik Ainul Mardhiah sebelum ini tidak lain dan tidak bukan, Dr Amalina, pelatih pakar bedah Malaysia di United Kingdom.

Saat keberangkatan adik Ainul dan keluarga kembali ke Malaysia, Amalina di katakan telah memuat naik gambar anak kecil tersebut bersama kapsyen yang bunyi ‘Selamat pulang ke Malaysia, sila datang semula ke London. Kami disini menyayangi mu” . Amalina turut berdoa agar adik Ainul Mardhiah akan membesar sempurna seperti kanak-kanak lain.

“Perjalanan yang penuh emosi, ada naik dan turun tapi Ainul dan ibu-bapanya tetap kuat dan tidak pernah berputus asa.
 
“Alhamdulillah perkembangan yang memberangsangkan oleh Ainul, saya tak sabar untuk melihat Ainul berlari-lari di taman permainan seperti anak-anak lain” – Dr Amalina

Amalina kemudiannya dilihat memuat naik gamba di Insta Story beliau, yang memaparkan surat ucapan dan cenderamata yang dihadiahkan oleh  keluarga adik Ainul untuk Amalina atas jasa-jasa beliau membantu mereka. Pasti terharu siapa yang membacanya.

“Assalamualaikum , Dr Amalina
 
“Terima kasih untuk segala pengorbanan, masa, tenaga dan wang ringgit dalam urusan rawatan Ainul Mardhiah di London.

“Kami sangat menghargai setiap usaha dan jasa baik yang telah diberikan kepada kami sekeluarga.

“Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Dr. Amalina dan memberikan ganjaran syurgaNya di akhirat kelak. Terima kasih,” – Wani & Safi ,Ibu-bapa Ainul Mardhiah

Seperti Dr Amalina, kami juga berharap yang adik Ainul Mardhiah akan membesar sempurna seperti kanak-kanak lain.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

10 mins ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

1 hour ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

2 hours ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

6 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

6 hours ago