Ibu dan Anak Tidur Beralaskan Kotak Demi Menemani Suami yang Terlantar di Hospital

Kalau anda rasa susah, ingatlah ada orang lain yang lebih. Kalau anda tidur beralaskan tilam nipis, ingatlah ada orang tidurnya hanya beralaskan kotak.

Itu yang dialami seorang ibu,Sarina Endut dan dua anaknya yang terpaksa bermalam di lobi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

3 Beranak ini sudah berkampung disana dengan serba kekurangan  selama 2 minggu berterusan.

Kenapa?

Sarina terpaksa menjaga suaminya yang terlantar sakit setelah didiagnos Kanser Usus.

Dia tiada cara lain, terpaksa membawa dua anak kecilnya yang berumur 6 dan 8 tahun bersama memandangkan tiada orang yang dapat menjaga anak-anaknya selain faktor tiada pengangkutan dan wang untuk berulang alik dari hospital ke rumah yang jaraknya 70km .

Foto : Google Maps

Bagaikan sudah jatuh di timpa tangga, dia diberhentikan kerja kerana terpaksa bercuti panjang demi menjaga suaminya yang sakit. Ini menyebabkan dia kekurangan wang malahan terpaksa mencatu bagi menampung perbelanjaan makanan dia dan anak-anaknya.

“Saya hanya datang bawa pakaian dan anak-anak kerana tak ada siapa boleh jaga rumah.Saya tak mampu nak berulang-alik dari Jerantut ke sini.

““Selimut ini pun diberikan oleh seseorang selepas melihat saya dan anak tidur tanpa selimut pada hari pertama”

2 minggu disana Sarina dilihat asyik berulang-alik dari lobi ke wad dan kembali, demi memastikan dia dapat menjaga bukan sahaja suami, malahan anaknya yang yang ditinggalkan di sana.

“Sedih dan gusar bila fikirkan anak-anak yang dittinggalkan di lobi . Saya turun naik nak jaga suami dan tengok anak-anak.

“Walaupun penat, tapi saya tak kisah janji dapat jaga suami dan anak sekali” – Sarina

The Star turut melaporkan yang dia akan meminta bantuan pengawal untuk menengokkan anaknya sekiranya dia naik keatas.

Bagaimanapun semuanya berubah selepas itu!

Terima kasih kepada kuasa viral, kisah Sarina yang dikongsikan oleh seseorang yang baik hati,seorang guru yang kebetulan sedang menjaga bapanya yang sakit di hospital iaitu Sarimah Haji Mohamed telah menjadi tular sehinga sampai ke pengetahuan pihak hospital , Jabatanan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) ,  Jabatan Kebahikan Masyarakat Negeri Pahang (JKM Pahang), dan terbaru  ADUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah.

Kini Sarina dan anak-anaknya telah ditempatkan di sebuah bilik di Anjung Kasih Hoshas Temerloh atas bantuan JKM Pahang.Mereka juga telah menerima sumbangan RM300 dari pihak JKM . Orang ramai juga turut membuat sumbangan kepada beliau.

Terima kasih semua. Terima kasih rakyat Malaysia!

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago