Suami Terlalu Romantik dan Rajin Punca Isteri Minta Cerai

Tawar hati,  tidak sehaluan  dan kes curang adalah satu dari punca penceraian yang paling kerap kita dengari.

Malah terdapat beberapa lagi faktor lain yang menyumbang kepada keretakan rumah tangga , seperti jarak usia pasangan yang jauh berbeza, keadaan kewangan keluarga yang tidak stabil, memandang rendah pada pasangan dan yang paling teruk sekali adalah keganasan rumah tangga.

Namun kejadian yang berlaku di UAE ( Emiriah Arab Bersatu) ini kedengaran agak pelik dan rasanya tidak pernah lagi terjadi, apabila seorang wanita memfailkan tuntutan penceraian hanya kerana  bosan dengan sifat suaminya yang terlalu baik dan rajin.

Dipetik dari Khaleej Times, wanita itu memberitahu mahkamah syariah di  Fujairah, UAE yang dia rimas dengan kasih sayang dan perasaan cinta berlebihan yang diberikan suaminya dan menuntut untuk diceraikan.

“Dia tidak pernah menjerit atau mengecewakan segala permintaan saya

  “Saya berasa rimas dengan kasih sayang dan perasaan cinta suami saya yang terlampau. Dia selalu membantu saya membersihkan rumah tanpa disuruh”

Suaminya juga dikatakan sesekali akan ke dapur untuk memasak malah mereka langsung tidak pernah berbalah sepanjang setahun perkahwinan mereka.

“Saya amat rindu untuk berbalah , tapi agak mustahil kerana suami saya sangat romantis , malah selalu memaafkan dan kerap kali membelikan saya hadiah

Saya tidak mahu kehidupan yang mudah” kata nya lagi kepada mahkamah.

Suaminya bagaimanapun memohon mahkamah untuk membatalkan penceraian itu.

“Tidak adil untuk anda menilai perkahwinan dari tahun pertama, dan semua orang belajar dari kesilapan mereka” kata si suami.

Kes ini setakat ini masih berjalan dan belum ada sebarang keputusan dari pihak mahkamah lagi.

Hmmm apa agaknya reaksi suami selepas pulang dari mahkamah tempoh hari

Jadi macam ni ke?

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

7 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

7 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

8 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

9 hours ago