Esok nak kahwin, Hari Ini Tahu Bakal Pengantin Lelaki Rupanya Seorang Wanita
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hasrat seorang wanita untuk mendirikan rumahtangga dengan kekasih nya akhirnya terpaksa dibatalkan sehari sebelum pernikahan gara-gara jantina bakal suaminya itu terbongkar.
Menurut keluarga pengantin perempuan, TE,15 warga desa Nyuir Sayak, di Sumatera Selatan, bakal calon ‘suami’ anak mereka rupa-rupanya seorang perempuan.
Jurucakap pihak berkuasa, Alex Andrian berkara perkara tersebut hanya diketahui selepas pemeriksaan dengan bidan dilakukan kerana keluarga TE berasa was-was apabila pertama kali mendengar suara NI sewaktu lamaran
“Keluarga TE kemudiannya mahu bertemu NI. Kedua-dua belah keluarga juga bersetuju untuk membawa NI melakukan pemeriksaan dengan bidan.
“Pada masa itu jantina NI akhirnya terbongkar. Dia sebenarnya perempuan yang menyamar sebagai lelaki” kata Alex lagi
Mereka dikatakan berkenalan menerusi media sosial sebelum menjalinkan hubungan secara maya dan akhirnya memutuskan untuk berkakahwin.
Mereka juga sempat bertemu beberapa kali namun TE tidak menyesyaki apa-apa.
Kisah yang dikongsikan oleh @baturajatoday semalam menjadi viral di media sosial Indonesia.