PM Ke-8 : BERSATU, BN, PAS Calonkan Muhyiddin

Akhirnya teka-teka siapa yang bakal di pilih oleh Barisan Nasional dan PAS terjawab apabila kesemua ahli parlimen mereka memilih untuk mencalonkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan.

Berdasarkan kenyataan dari BERSATU, BN PAS PAS, petang ini, Muhyiddin telah mendapat sokongan 96 Ahli Parlimen, setakat ini.

BERSATU memutuskan untuk mencalonkan Muhyiddin yang juga presiden parti sewaktu Mesyuarat Ahli Dewan Rakyat BERSATU yang dihadiri 36 Ahli Parlimen parti itu di Yayasan Al-Bukhary di Jalan Perdana, di sini, pagi Jumaat

“Mesyuarat Ahli Dewan Rakyat BERSATU hari ini telah memutuskan untuk mencalonkan Presiden dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan untuk perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mesyuarat hari ini dihadiri oleh seramai 36 Ahli Dewan Rakyat BERSATU,” kata Marzuki dalam satu kenyataan.

Bersatu yang sebelum ini mempunyai 26 ahli dewan rakyat kini ditambah dengan kemasukan 10 ahli dewan rakyat yang baru sahaja menyertai parti mereka selepas meninggalkan PKR diketuai bekas Timbalan Presiden mereka, Dato Seri Mohamed Azmin Ali menjadikan keseluruhan 36

Sembilan lagi ahli dewan rakyat yang terlibat ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman; Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon; Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju dan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin.

Sebelum itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam kenyataan bersama mengumumkan 57 Ahli Parlimen Muafakat Nasional akan menyokong sepenuhnya pencalonan Muhyiddin pada petang tadi.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dalam satu kenyataan berasingan turut berkata 42 Ahli Parlimen UMNO, MCA dan MIC memberi sokongan penuh kepada Muhyiddin.

“UMNO dengan 39 Ahli Parlimen serta komponen BN khususnya MCA (dua Ahli Parlimen) dan MIC (satu Ahli Parlimen) telah bersetuju mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

Terpalit Isu Perkhidmatan Tiada Kelulusan JPJ, Ini Respon Dari BJAK

BJAK tidak menafikan isu yang timbul melibatkan pihak JPJ dan akan bekerjasama dengan organisasi terbabit…

29 mins ago
  • Trending

“They Don’t Read” – Topik Harith Iskander & Tajuddin Rasdi Tentang Melayu & Boikot Jadi Perhatian [Video]

Topik bertajuk "The Darkest Period in Malaysia’s History“ dalam show What’s Going on Malaysia yang…

1 hour ago
  • Trending

Cadangan Buka Kepada Bukan Bumiputera: Dira Abu Zahar Mohon Jangan Ganggu Status UiTM [Video]

Terdahulu, cadangan kemasukan golongan bukan bumiputera ke UiTM mula tercetus apabila Prof. Dr. Raja Amin…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Suspek pertama sebelum ini ditahan di sekitar Pandan Indah manakala suspek kedua di Bandar Baru…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

4 hours ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

4 hours ago