Bunuh Tiga Kucing Di Dobi, Penggangur Mengaku Tidak Bersalah , Di Arah Ke Hospital Bahagia

Negara kita baru-baru ini dikejutkan dengan penularan satu klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan aksi kejam seorang lelaki membunuh beberapa ekor kucing di sebuah dobi di Kepong.

Suspek kemudiannya berjaya diberkas atas bantuan penduduk di kawasan tersebut sebelum di reman .

Di dakwa atas pertuduhan membunuh kucing dengan melemaskan

Terbaru suspek telah didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pada pagi khamis atas pertuduhan membunuh tiga kucing dengan melemaskan haiwan itu dalam mesin basuh pada Ahad lalu di Premis Dobi Layan Diri Atlantis, Blok 3, Desa Satu Apartment Desa Aman Puri, Kepong di Gombak pada 5 hingga 6.30 pagi, 12 Julai lalu.

Tertuduh Muhammad Najwan Zulkefli, 24, seorang penganggur bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut  dan mohon dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Najwan yang sebelum ini dikhabarkan kurang siuman dituduh atas dakwaan dengan kejam atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan tidak sepatutnya kepada tiga kucing berkenaan.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Subseksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 29 (1) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 atau tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Di arah ke Hospital Bahagia jalani pemeriksaan

Namun perwatakan tertuduh yang tidak stabil menyebabkan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor, N Nageswara memohon mahkamah untuk menempatkan dia di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemerhatian dan penelitian

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan tersebut agar tertuduh membuat pemeriksaan lanjut dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 13 Ogos akan datang.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago