fbpx
Now Reading
Pemandu Myvi Sebabkan Kematian Anggota TLDM Dipenjara 6 Tahun & Denda RM8,000

Pemandu Myvi Sebabkan Kematian Anggota TLDM Dipenjara 6 Tahun & Denda RM8,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Minggu lalu negara digemparkan dengan kematian seorang anggota TLDM yang maut selepas kereta dinaikinya dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang di pandu seorang wanita .

Polis kemudiannya bertindak menahan wanita berkenaan dan hasil ujian saringan yang dilakukannya keatasnya mendapati dia positif dadah.

Terbaru Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda RM8,000 keatas pemandu berkenaan, setelah dia, Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23, mengaku bersalah atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah.

Denda RM 3,300 atas tiga lagi kesalahan

Majistret Suhaila Shafi’uddin turut memerintahkan agar wanita berkenaan membayar denda berjumlah RM3,300 untuk tiga lagi kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu, memandu kereta yang tiada cukai jalan serta insurans, selepas dia turut mengaku bersalah atas ketiga-tiga kesalahan berkenaan.

Menerusi laporan Harian Metro Nur Fatin ketika ini masih menjalani satu lagi prosiding iaitu pertuduhan kelima iaitu kesalahan memasukkan dadah di dalam badan.

Kereta Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri yang remuk teruk selepas dirempuh Myvi yang dipandu Fatin Nazrah

Dia yang memakai jaket hitam sebelum ini dilihat masuk ke mahkamah sambil disorang menggunakan kerusi roda oleh polis trafik pengiring

Dalam kejadian pada sabtu lalu, Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, disahkan maut di lokasi kejadian selepas terbabit dalam kemalangan melihatkan 3 buah kenderaan berhampiran Plaza Pelangi Johor

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.