Elak Kantoi, Ibu 3 Anak Menyorok Dalam Almari Di Rumah Kekasih

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Tidak dinafikan bahawa banyak dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi pasangan yang bergelar suami isteri. Meskipun sudah bertahun lamanya menjalani bahtera rumah tangga, namun semua itu masih belum cukup untuk mereka mengenal hati budi pasangan masing-masing.

Malah, ada yang sampai menyimpan kekasih gelap walaupun sudah berumah tangga betul tak?

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang berusia 41 tahun ini apabila perbuatannya itu dihidu oleh Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim di sebuah rumah yang terletak di Taman Selasih, Kulim.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.40 petang jumaat itu, wanita berkenaan dijumpai sedang menyorok di dalam sebuah almari di rumah sewa kekasihnya itu sewaktu rumah berkenaan diserbu imam dan pegawai Masjid Taman Selasih

Dia yang berasal dari Pendang ini difahamkan masih lagi berstatus isteri orang dan difahamkan sudah mempunyai anak seramai 3 orang.

“Hasil serbuan mendapati bilik yang ditanda dengan nombor menemui lelaki di dalam bilik berkenaan, manakala teman wanitanya sedang bersembunyi di dalam almari,” kata Anwar Shariffudin iaitu Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, penangkapan tersebut dilakukan selepas mendapat makluman awam selain lelaki berusia 26 tahun ini dikatakan sering memuat naik di media sosial mengenai hubungannya bersama beberapa wanita yang juga berstatus isteri orang.

Menurut Anwar, memandangkan mereka berdua tiada hubungan yang mahram jadi mereka akan ditahan mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkhalwat.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

2 mins ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

26 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

34 mins ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

2 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

2 hours ago