Dijadual Nikah Hari Ini, Bakal Pengantin Dikhuatiri Lemas

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Jodoh maut rezeki semuanya di tangan tuhan. Itulah nasib yang menimpa seorang wanita, Fatin Nabilah Huda Ismail, 28 selepas bakal suami yang seharusnya menikahinya pagi ini dikhuatiri lemas petang semalam.

Mangsa Naim Hariri Kamaruddin, 31, dipercayai telah ditarik ombak sewaktu mandi di Pantai Kelulut, Marang pada jam 6.40 petang Jumaat.

Naim Hariri yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur datang ke Marang pada khamis bersama keluarganya untuk melangsungkan pernikahan bersama Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, pada Sabtu pagi.

Mereka dijadualkan bernikah di kediaman Fatin Nabilah di Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong, Marang pada 10 jam pagi.

Ismail menunjukkan pelamin yang sudah tersedia di rumahnya untuk majlis Naim dan juga anaknya Fatin Nabilah Foto Bernama

Menurut bapa Fatin, Ismail Awang pasangan berkenaan telah bertunang pada bulan lepas selepas beberapa tahun berkawan.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku sewaktu Naim dikatakan sedang mandi di pantai sebelum dia ditarik ombak.

“Waktu saya sedang buat persiapan untuk majlis kenduri esok, tiba-tiba dapat berita daripada anak saya yang tunangnya lemas.

“Jadi kami bergegas ke sini selepas solat Maghrib dan jumpa dengan keluarga sebelah lelaki.

“Kami reda dengan apa yang berlaku dan berdoa supaya dia dapat ditemui dengan selamat dalam apa cara sekali pun,” katanya kepada wartawan pada awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris pencarian sejauh tiga kilometer dilakukan merangkumi pesisir pantai. Ianya kemudian dihentikan kerana lewat malam dan bersambung pagi ini dengan skala yang lebih besar pada jam 8 pagi tadi.

Beliau dalam masa sama turut menasihati orang ramai agar berwaspada dengan keadaan cuaca semasa dan mengikuti arahan pihak berkuasa.

“Saya menasihatkan masyarakat supaya tidak mandi di kawasan pesisir pantai pada masa sekarang kerana kita melihat bahawa keadaan ombak sangat kuat dan laut bergelora.

“Kita sering kali bagi nasihat supaya masyarakat tidak mandi pada musim tengkujuh tetapi nasihat kita tidak diendah dan inilah yang berlaku sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, adik kepada Naim menerusi satu perkongsian di laman sosial turut memohon orang ramai untuk mendoakan keselamatan abangnya.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

4 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

5 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

6 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

7 hours ago