Sejak beberapa hari lalu tular satu video di media sosial memperlihatkan aksi seorang lelaki dipercayai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat terkenal dalam negara melemparkan kata-kata kesat dan makian sewaktu sedang bermesyuarat.
Video berkenaan nyata mengejutkan orang ramai kerana syarikat terbabit amat terkenal dengan imej islamik malah isi perbincangan mereka didalam video berkenaan juga dipercayai membabitkan hal ehwal syarikat mereka iaitu TH Properties Sdn Bhd.
Mengambil maklum penularan video berkenaan, TH Properties akhirnya tampil menjelaskan perkara berkenaan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat.
“Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Damanhuri Mahmod telah mengeluarkan permohonan maaf atas video tular tersebut”
“Perlakuan saya tidak mencerminkan nilai syarikat dan saya mohon maaf. Kami akan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih positif untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni bagi warga TH Properties,” katanya dipetik dari kenyataan berkenaan.
Pihak TH Properties juga dalam masa sama turut kesal dengan penyebaran video berkenaan yang menurut mereka hanya melibatkan kakitangan pengurusan terpilih. Tambah mereka perkara ini kerana jelas bertentangan dengan polisi syarikat.
“TH Properties kesal dengan pengambilan dan penyebaran video mesyuarat yang hanya melibatkan kakitangan pengurusan terpilih ini kerana jelas bertentangan dengan polisi syarikat” kata kenyataan itu lagi
Dalam pada itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata tindakan CEO TH Properties tidak mewakili imej sebenar syarikat itu, sebaliknya adalah kesalahan peribadi individu berkenaan.
“Mesyuarat itu sebenarnya adalah tertutup dan kita tidak tahu bagaimana ia boleh bocor… Barangkali ada perkara perlu dilakukan siasatan secara menyeluruh dan komprehensif daripada aspek pentadbiran,” dipetik dari laporan FMT .
Topik bertajuk "The Darkest Period in Malaysia’s History“ dalam show What’s Going on Malaysia yang…
Terdahulu, cadangan kemasukan golongan bukan bumiputera ke UiTM mula tercetus apabila Prof. Dr. Raja Amin…
Suspek pertama sebelum ini ditahan di sekitar Pandan Indah manakala suspek kedua di Bandar Baru…
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…
Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…
Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.