fbpx
Now Reading
Tular Video Kata Kesat, CEO TH Properties Mohon Maaf

Tular Video Kata Kesat, CEO TH Properties Mohon Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu tular satu video di media sosial memperlihatkan aksi seorang lelaki dipercayai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat terkenal dalam negara melemparkan kata-kata kesat dan makian sewaktu sedang bermesyuarat.

Video berkenaan nyata mengejutkan orang ramai kerana syarikat terbabit amat terkenal dengan imej islamik malah isi perbincangan mereka didalam video berkenaan juga dipercayai membabitkan hal ehwal syarikat mereka iaitu TH Properties Sdn Bhd.

Mengambil maklum penularan video berkenaan, TH Properties akhirnya tampil menjelaskan perkara berkenaan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat.

Sudahpun membuat permohonan maaf

“Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Damanhuri Mahmod telah mengeluarkan permohonan maaf atas video tular tersebut”

“Perlakuan saya tidak mencerminkan nilai syarikat dan saya mohon maaf. Kami akan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih positif untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni bagi warga TH Properties,” katanya dipetik dari kenyataan berkenaan.

Kesal dengan penyebararan video

Pihak TH Properties juga dalam masa sama turut kesal dengan penyebaran video berkenaan yang menurut mereka hanya melibatkan kakitangan pengurusan terpilih. Tambah mereka perkara ini kerana jelas bertentangan dengan polisi syarikat.

“TH Properties kesal dengan pengambilan dan penyebaran video mesyuarat yang hanya melibatkan kakitangan pengurusan terpilih ini kerana jelas bertentangan dengan polisi syarikat” kata kenyataan itu lagi

Tidak mewakili imej syarikat

Dalam pada itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata tindakan CEO TH Properties tidak mewakili imej sebenar syarikat itu, sebaliknya adalah kesalahan peribadi individu berkenaan.

“Mesyuarat itu sebenarnya adalah tertutup dan kita tidak tahu bagaimana ia boleh bocor… Barangkali ada perkara perlu dilakukan siasatan secara menyeluruh dan komprehensif daripada aspek pentadbiran,” dipetik dari laporan FMT .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.