Dua Pelajar Wanita Malaysia Antara 10 Terbaik Dunia Dalam Peperiksaan ACCA

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sekalung tahniah dan syabas kepada dua pelajar tempatan, Nurul Fatin Nabihah Hamdan dan Siti Naziah Mohamad Nazid berjaya membanggakan nama negara dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) bagi Mac 2021.

Berjaya menempatkan diri dalam 10 Pemenang Terbaik Dunia

Menurut perkongsian di laman Facebook rasmi Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC), kedua-dua mereka berjaya menempatkan diri dalam 10 Pemenang Terbaik Dunia bagi peperiksaan tersebut.

Pencapaian dua orang pelajar perempuan ini juga secara tidak langsung membuktikan bahawa usaha gigih dan cekal dalam menghadapi cabaran semasa belajar mampu melahirkan pelajar yang berjaya.

Selain daripada itu, kejayaan mereka berdua juga menunjukkan bahawa pelajar-pelajar dari golongan asnaf dan B40 mampu berjaya sehingga ke peringkat global jika diberikan peluang.

Kedua-dua mereka merupakan pelajar di bawah tajaan Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) itu adalah antara seramai 92,000 calon di seluruh dunia yang menduduki peperiksaan itu.

Berjaya dapat tempat ketujuh dan kesembilan di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR) serta Audit & Assurance (AA)

Nurul Fatin Nabihah yang merupakan graduan Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan ketujuh di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR).

Pelajar yang berasal dari Terengganu itu turut lulus dalam satu lagi kertas peperiksaan yang diambilnya iaitu Advanced Taxation (ATX). Menurutnya, dia telah mendapat kerja sebagai akauntan di sebuah syarikat di Terengganu namun dia mahu menambah lebih banyak kemahiran dan memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam ACCA.

Foto: FB MyPAC

Sementara itu, Siti Naziah yang berasal dari Perak pula telah berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan tempat kesembilan di dunia bagi kertas Audit & Assurance (AA).

Pelajar itu turut memberitahu yang dia tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang kerana pernah hampir putus asa apabila berhadapan dengan kegagalan dalam dua ujian yang diambil sebelum ini.

Foto: FB MyPAC

Difahamkan, kedua-dua pelajar cemerlang ini telah kehilangan bapa mereka. Bapa Nurul Fatin telah meninggal dunia sejak gadis itu berusia 11 tahun manakala bapa kepada Siti Nazihah telah meninggal dunia pada tahun 2018 disebabkan kanser. Namun, kehilangan orang tersayang tidak menjadi penghalang untuk mereka terus maju dan berjaya dalam hidup.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada dua pelajar cemerlang ini!

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago