[Terkini] PKP Di Kuala Lumpur Serta Beberapa Daerah di Johor, Perak & Terengganu

Sehari selepas pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di 6 daerah di Selangor yang akan bermula esok, kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan PKP di beberapa lagi kawasan iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Johor, Perak & Terengganu.

Keputusan tersebut diumumkan Menteri Kanan, Dato’ Sri  Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan media pada petang rabu.

Jelas beliau keputusan melaksanakan PKP bermula dari 7 Mei – 20 Mei 2021 di kawasan ini diambil selepas meneliti pembentangan serta cadangan daripada Kementerian Kesihatan.

“Sejak 1 April sehingga 27 April 2021, KKM mengesahkan sebanyak 17 kluster baru telah direkodkan di seluruh WP Kuala Lumpur dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat,” katanya hari ini.

Selain Kuala Lumpur, beberapa daerah di Johor, Perak & Terenganu turut dikenakan PKP iaitu Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi di Johor, manakala Mukim Taiping, Daerah Larut, Matang dan Selama di Perak serta 14 mukim di daerah Besut iaitu Kampung Raja, Lubuk Kawah, Pelagat, Tenang, Keluang, Bukit Kenak, Kubang Bemban, Jabi, Kerandang, Pengkalan Nangka, Pasir Akar, Tembila, Bukit Puteri dan Kuala Besut.

Kawasan terlibat (PKP 7 Mei – 20 Mei 2021)

NegeriMukim/ Daerah Terlibat
W.P Kuala LumpurSeluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
JohorJohor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi
PerakMukim Taiping, Daerah Larut, Matang dan Selama
Terengganu14 Mukim di Daerah Besut (kecuali Hulu Besut)
Kampung Raja, Lubuk Kawah, Pelagat, Tenang, Keluang, Bukit Kenak, Kubang Bemban, Jabi, Kerandang, Pengkalan Nangka, Pasir Akar, Tembila, Bukit Puteri dan Kuala Besut

SOP sama seperti diumumkan sebelum ini

Tambah beliau  prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP kali ini adalah sama seperti yang telah diumumkan sebelumnya.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP di Kuala Lumpur sama seperti diumumkan sebelum ini antaranya tidak boleh merentas negeri kecuali atas urusan kerja dan kecemasan.

“Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 12.00 malam sahaja dan tidak dibenarkan dine-in.

“Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam,” katanya dalam kenyataan itu lagi.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 day ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

1 day ago