Baru Sebulan Bertugas, Polis Maut Tertembak Oleh Rakan Sendiri

Benarlah ajal maut semuanya di tangan tuhan. Siapa sangka baru sahaja sebulan sebulan setengah melaporkan diri selepas tamat latihan asas, seorang anggota polis berpangkat konstabel yang bertugas di di Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dilaporkan maut tertembak.

Menerusi laporan Bernama, mangsa dipercayai maut selepas tertembak oleh rakannya sendiri di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Taman Permai , Sibu, Sarawak.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, anggota tersebut yang dikenali sebagai Norhalim Tumiran, 25, telah dijumpai dengan kesan tembakan di bahagian kepala selepas satu laporan mengenai kejadian itu diterima pada jam sekitar 7 malam.

“Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemukan mati dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa di dalam rumah,” katanya dipetik dari Bernama.

Menerusi laporan Kosmo Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak, Datuk Aidi Ismail dalam satu kenyataan petang jumaat mendedahkan sewaktu kejadian terdapat dua lagi anggota polis yang turut berada di rumah tersebut.

Menurut beliau, mangsa yang sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak difahamkan berasal dari Pahang dan menetap di rumah transit di IPD Sibu namun datang ke rumah tersebut yang didiami dua rakan polisnya itu sebelum waktu berbuka dipercayai untuk bermain permainan komputer.

Namun dalam jam sekitar 7.20 malam, seorang rakan setugas mangsa dikatakan bergurau dengan mengacukan pistol ke arah mangsa sebelum tertarik picu lalu tertembak mangsa.

Tiga rakan direman

Ekoran dari kejadian tersebut tiga rakan allahyarham  yang berusia dalam lingkungan 21 ke 27 tahun dan turut berasal dari Semenanjung kini direman bagi membantu siasatan.

“Perintah reman dikeluarkan mulai hari ini bagi membantu pihak polis untuk menyiasat kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata Aidi kepada Kosmo.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Syukri Mokhtar pada Jumaat.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

11 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

12 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

12 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

12 hours ago