Terima 1121 Aduan, Syarikat Langgar SOP & Tak Patuh Arahan Work From Home Kini Akan Dikompaun RM 50,000

Kita sudahpun masuk hari ketiga pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) Fasa Pertama yang dikuatkuasakan kerajaan dari 1 jun – 14 jun 2021.

Dan kami yakin semua rakyat Malaysia sudahpun tahu dengan pelaksanaan, ini segala aktivisi sosial dan kebanyakan sektor ekonomi tidak lagi dibenarkan kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essentials) yang telah disenaraikan MKN.

Mengambil kira keputusan MKN tersebut, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah mewujudkan kategori baharu ‘ ‘Majikan Tidak Benarkan BDR’ di aplikasi dalam talian mereka iaitu WFW (Working for Workers) sebagai persediaan sekiranya masih terdapat ada pekerja yang masih lagi dipaksa ke pejabat oleh pihak majikan.

Foto : BuzzKini

Namun disebalik pelaksanaan SPP Fasa 1 dan inisifat KSM tersebut, masih ramai majikan dan syarikat yang dilihat melanggar arahan berkenaan sehingga ada yang cuba memanipulasi sistem permohonan yang disediakan MITI demi memastikan perniagaan mereka terus beroperasi.

Baca artikel berkaitan : Padah Tipu Konon Hasilkan PPE, Kilang Topi Keledar Dikompaun RM 10,000

Tidak kurang juga ada segelintir majikan yang mengingkari SOP dengan memaksa kesemua pekerja mereka untuk terus bekerja di pejabat sehingga melebihi had 60% yang dibenarkan.

Terima 1121 aduan majikan ingkar arahan BDR

Terbaharu, selepas menerima lebih 1,121 aduan pelanggaran arahan BDR dan 1,767 aduan bagi lain-lain kategori menerusi aplikasi tersebut, KSM memaklumkan akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat atau premis yang masih ingkar.

Akan ditutup serta merta 7 hari dan dikompaun maksimum RM50,000

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan menegaskan syarikat atau premis yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) terkeni serta tidak mematuhi arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) akan diarah tutup serta merta selama tujuh hari dan dikompaun maksimum RM50,000,

“Keputusan ini dibuat berikutan peningkatan ketara jumlah aduan yang diterima melalui aplikasi Working for Workers (WFW) berhubung majikan yang tidak membenarkan pekerja untuk BDR di mana 1,121 aduan diterima sehingga semalam sejak aduan dibuka pada 23 Mei lalu.

“Bagi tempoh 3 Mei sehingga semalam, aplikasi WFW ini menerima sejumlah 1,767 aduan bagi 16 kategori lain. Daripada jumlah ini, aduan membabitkan gaji tidak dibayar dan pembayaran gaji lewat adalah sebanyak 260 kes, pembuangan kerja tanpa notis (73 kes), tiada pembayaran lebih masa dan faedah pemberhentian (68 kes) dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pegawai JTKSM dan JKKP kini ada kuasa untuk kompaun syarikat ingkar

Menurutnya pegawai penguat kuasa Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di terletak bawah KSM kini mempunyai kuasa untuk mengkompaun mana-mana syarikat atau premis yang tidak mematuhi arahan BDR.

Jelasnya kuasa mengkompaun itu diberikan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) oleh Kementerian Kesihatan, berkuat kuasa 1 Jun lepas.

Antara negeri yang merekodkan jumlah aduan tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 511 kes, diikuti Selangor (580 kes), Johor (223 kes), dan Pulau Pinang (134 kes), katanya.

“Saya menggesa semua majikan untuk mematuhi dan memberikan kerjasama sepenuhnya SOP yang ditetapkan kerajaan terutamanya dalam tempoh yang kritikal ini.

“Para pekerja dinasihatkan tidak takut untuk terus menyalurkan aduan dan permasalahan yang dihadapi melalui aplikasi WFW dan mengamalkan kawalan kendiri bagi membendung penularan wabak Covid-19,” katanya.

Ingin buat aduan? Baca artikel di bawah ini :

Foto header Bernama/ The Conversation

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

15 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

17 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

18 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

20 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

21 hours ago