Gara-gara Cuba Buka Pintu Pesawat Sewaktu Di Udara, Wanita Diikat Dengan Pita Pelekat [Video]

Gara-gara cuba membuka pintu pesawat yang sedang dalam penerbangan, seorang wanita terpaksa ditenangkan dan diikat dengan pita pelekat oleh krew penerbangan.

Kejadian berkenaan yang berlaku pada 6 julai lalu didalam sebuah pesawat milik American Airlines difahamkan sedang dalam penerbangan dari Dallas ke Charlotte.

Menerusi laporan Mirror, American Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan wanita tersebut pada mulanya cuba ditenangkan oleh krew penerbangan sewaktu dia cuba membuka pintu depan pesawat berkenaan.

Namun disebabkan tindakannya yang agresif dan cuba menyerang krew penerbangan, dia kemudiannya terpaksa diikat pada kerusi dengan menggunakan pita pelekat.

Insiden berkenaan kemudiannya tular di media sosial selepa berjaya dirakam oleh seorang penumpang dan dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Menurut penumpang tersebut, Arienna Mathena, dia pada mulanya terdengar suara seorang wanita sedang terjerit-jerit di bahagian hadapan pesawat. Namun dia dan penumpang tidak dapat memastikan apa yang berlaku kerana krew penerbangan tidak menjawab pertanyaan mereka.

Namun mereka kemudian akhirnya dimaklumkan oleh juruterbang pesawat bahawa seorang penumpang wanita yang duduk di kelas pertama telah ditahan dan diikat kerana cuba membuka pintu pesawat dan menyerang kru.

Arienna kemudiannya berjaya merakam wajah wanita tersebut sewaktu hendak keluar dari kapal terbaik mereka mendarat.

Jelasnya menerusi video yang sudah dibuang di TikTok itu lagi, wanita tersebut disyaki mempunyai masalah kesihatan dan terkena Autism Meltown sewaktu di atas menyebabkan dia menjadi tidak tentu arah.

Insiden tersebut yang tular dan menjadi sohor di Twitter turut mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Ada yang mengecam tindakan krew penerbangan kerana bersikap terlalu drastik sehingga mengikat wanita berkenaan sebegitu rupa dan ada juga yang bersetuju dan berpendapat wanita berkenaan sebenarnya membahayakan nyawa semua orang di dalam penerbangan berkenaan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

2 Pegawai Kanan Polis Didakwa Terlibat Rasuah RM1.25 Juta Untuk Tutup Kes Beli Senjata Api

Kedua pegawai kanan Bukit Aman itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sewaktu pertuduhan dibacakan di hadapan…

2 hours ago
  • News

Kenderaan Asing Dari Singapura Perlu Miliki VEP Mulai 1 Oktober 2024

Kenderaan yang tidak memiliki VEP sebelum atau semasa berada di Malaysia selepas tempoh tersebut dianggap…

2 hours ago
  • Trending

Tidak Salah Jika Isteri Pilih Untuk Berhenti Kerja & Tidak Bantu Suami, Kata Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan tugas asal seorang isteri…

3 hours ago
  • Trending

“Mahal Betul!” – Mat Saleh Beli Jelly Ball Viral Berharga RM8 Secucuk Bikin Netizen Terkedu [Video]

Pengembara dikenali sebagai Luke Damant itu dilihat menikmati manisan bebola jeli viral yang dibeli di…

3 hours ago
  • Tech
  • Trending

CIMB OCTO Akan Gantikan Aplikasi CIMB Clicks Bermula 11 Jun 2024

Namun buat sementara ini, pengguna masih lagi boleh menggunakan aplikasi CIMB Clicks bagi sebarang urusan…

3 hours ago
  • Trending

“Job Baru” – Pekerja Pembersihan Pakai Topeng Spiderman Semasa Bekerja Undang Perhatian Ramai [Video]

Melihat gelagat spontan pekerja pembersihan yang memakai topeng Spiderman itu membuatkan perakam dan rakannya terhibur.

4 hours ago