[Video] Penyokong England Mengamuk & Serang Penyokong Itali Selepas Kalah Final EURO 2020

Berlabuh sudah tirai EURO 2020 yang menyaksikan pasukan Itali berjaya menundukkan England di tempat mereka sendiri menerusi penentuan sepakan penalti 3-2.

Kegagalan England di stadium keramat mereka, Stadium Wembley, London bukan sahaja mengecewakan pemain-pemain Three Lions malahah penyokong mereka di England dan seluruh dunia memandangkan semalam merupakan peluang pertama mereka untuk memenangi piala berprestij selepas kali terakhir mara ke final ialah pada 1966.

Namun siapa sangka, peminat dan hooligans pasukan England yang tidak dapat menerima kekalahan tersebut melampiaskan rasa amarah mereka dengan ‘merusuh’ dan menyerang penyokong Itali di luar stadium sebaik perlawanan tamat menyebabkan keadaan di sana menjadi huru hara.

Insiden berkenaan yang berjaya dirakam kemudian mula tular di media sosial sehingga mendapat kecaman peminat bola seluruh dunia malahan penyokong England sendiri.

Malah sebilangan penyokong England yang menyaksikan perlawanan berkenaan menerusi skrin layar besar di sekitar London antaranya di Trafalgar Square dan Leicester Square turut melampiaskan rasa kecewa mereka dengan membaling pelbagai objek termasuk sampah tong sampah kon dan pelbagai lagi di sekitar kawasan berkenaan.

Mereka bukan setakat merusuh dan memecahkan barang, ramai di antara mereka yang turut meludah dan memijak bendera Itali dan mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman.

Serang penyokong Azurri di luar pintu stadium

Lebih mengejutkan apabila tular video memperlihatkan sebilangan penyokong mereka dengan beraninya menyerang dan menunggu di luar seksyen penyokong Azzurri sekaligus melanggar protokol kesihatan dan keselamatan EURO 2020.

19 Polis cedera

Menurut Polis Metropolitan London, ekoran dari rusuhan tersebut mereka telah menahan 49 individu di atas pelbagai kesalahan.

Namun dalam masa sama mereka turut memaklumkan 19 dari anggota mereka turut cedera dan sedang menjalani rawatan.

Lupakan World Cup 2030

Namun insiden yang dilakukan segelintir penyokong yang mabuk pastinya memberikan kesan yang besar kepada pasukan bola sepak negara mereka terutamanya kepada bidaan England untuk menganjurkan World Cup 2030

Wartawan terkenal John Duggan yang mengulas isu berkenaan turut berkata Persatuan Bola Sepak England sudah boleh melupakan hasrat mereka untuk memenangi bidaan bagi penganjuran World Cup berkenaan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Faisal Halim dilaporkan mengalami kelecuran tahap 4 serta pergerakan dan percakap terbatas ekoran daripada insiden…

21 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

1 hour ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

2 hours ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

17 hours ago